Suspek Kini Diburu Polis, Lamborghini Aventador S Lesap!

Seorang ahli perniagaan akhirnya menyedari dia sebenarnya ditipu dalam urusan pembelian kereta Lamborghini Aventador S berharga RM2.4 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan perkara itu.
pihaknya menerima laporan daripada seorang ahli perniagaan pada 19 Februari lalu.
“Menurut pengadu, pada Jun 2020, kenalannya, Lim Voi Heng (suspek) menawarkan untuk membeli kereta Lamborghini Aventador S berharga RM2.4 juta.

“Pengadu berjumpa suspek beberapa kali dan turut memandu uji kereta jenis sama di sebuah syarikat permotoran di Puchong, Selangor,” katanya.
Mangsa ditunjukkan borang import kastam bagi membuktikan kenderaan yang ingin dibeli mangsa diimport masuk ke Malaysia.
“Bermula pada 15 Jun 2020, pengadu melakukan sebanyak 18 kali bayaran ke akaun sebuah syarikat seperti yang diarahkan oleh suspek.
“Pada Januari 2022, pengadu menerima beberapa gambar dokumen notis sitaan kereta yang ingin dibelinya,” katanya.
Difahamkan, suspek berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dan menguruskan pendaftaran serta pindah milik supercar tersebut.
Sehingga kini, mangsa tidak menerima kereta yang dijanjikan, malah suspek juga menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lamborghini Mahu Jadi Kereta Mesra Alam, Sanggup Belanja Berbilion Dollar!
Pengeluar kereta mewah dari Itali, Lamborghini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) iaitu sebahagian daripada rancangannya untuk beralih kepada tenaga elektrik bagi keluaran supercar miliknya.
09-06-2021
Berita Terkini
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat