Auto Shanghai 2025: Geely Galaxy Starshine 8, Calon PHEV Proton?

Tidak hanya tertumpu kepada kenderaan elektrik (EV) sahaja, selain Galaxy Starship 7, Geely turut menawarkan model dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) lain, dalam bentuk sedan elegan, Galaxy Starshine 8, yang sempat CariCarz lihat dengan dekat di Auto Shanghai 2025. Apa yang menarik tentang model ini?
Sistem Trenkuasa Canggih: Capai 1,600 KM, 375 HP
Sedan elegan ini menggunakan sistem trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang cekap, melalui teknologi trenkuasa canggih NordThor, EM-i dan EM-P.
Starshine 8 versi trenkuasa EM-i menampilkan enjin 1.5 liter aspirasi natural (NA) berkuasa 82 kW (110 hp) dan motor elektrik, digandingkan dengan bateri 18.4 kWj yang menyumbang kepada jarak pemanduan elektrik sehingga 130 km, dan jarak gabungan setinggi 1,600 km.
Sementara itu, versi EM-P pula menjanjikan prestasi lebih mantap melalui enjin 1.5T turbo bersama motor elektrik yang menghasilkan kuasa sistem gabungan 280 kW (375 hp) dan tork maksimum 605 Nm. Pecutan 0-100 km/j dapat dicapai dalam 6.5 saat, menjadikan Starshine 8 antara sedan PHEV terpantas dalam kelasnya.
Rekaan Aerodinamik dengan Aura Elegan
![]()


Dibangunkan berasaskan model elektrik Galaxy E8, ukurannya dengan model yang menjadi asas rekaannya hampir sama, dengan kepanjangan 5,018 mm dan jarak roda 2,928 mm. Antara elemen E8 sama yang dapat dilihat pada model ini adalah bentuk badan fastback yang elegan, penggunaan pemegang pintu jenis pop-out, tingkap tanpa bingkai, lampu depan LED yang tirus dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L dan lampu belakang yang berkelebaran penuh.

Galaxy E8 turut dipamerkan di Auto Shanghai 2025
Ciri yang membezakannya sebagai versi PHEV ialah bampar baharu dengan kemasan krom berbentuk T, dan diffuser belakang yang direka semula.
Tempat Duduk Belakang Boleh Direbahkan

Di belakang, model ini menampilkan tempat duduk eksekutif yang menawarkan ciri pelaran automatik membolehkannya direbahkan sehingga 131 darjah dengan pergerakan longitudinal maksimum 100 mm. Tempat duduk penumpang depan (co-pilot) pula boleh direbahkan sepenuhnya iaitu sehingga 180 darjah.
Sistem Canggih, AI DeepSeek



Bahagian kabin Starshine 8 menyerlahkan aura premium dengan pelbagai kelengkapan canggih termasuk skrin infotainment lebar yang berukuran 15.4 inci, papar pandu AR 25.6 inci dan sistem audio Flyme Sound 23 speaker termasuk pada perehat kepala.
Model ini menggunakan teknologi Flyme Auto seperti pada e.MAS 7, namun kini tampil lebih canggih dengan sistem AI Deepseek.
Kelengkapan menarik lain ialah dua pengecas tanpa wayar 40W dan bumbung suria 1.36 meter persegi untuk pencahayaan semula jadi di dalam kabin.
Praktikal, Pelbagai Ruang Simpanan
Penggunaan ruangnya dioptimumkan dengan sejumlah 28 ruang simpanan disediakan di segenap ruang kabin, manakala ruang but pula menawarkan kapasiti penyimpanan mencecah 405 liter, cukup memuatkan kira-kira enam bagasi 20 inci.
Bantuan Pemanduan Pintar G-Pilot Dengan Lidar

Starshine 8 turut dilengkapi G-Pilot, sistem bantuan pemanduan pintar berpandukan peta definisi tinggi. Model tertinggi hadir dengan sensor lidar di bumbung hadapan, 5 radar gelombang milimeter dan 10 kamera.
Turut disediakan ialah sistem navigasi lebuh raya dan bandar, sistem bantuan parkir automatik untuk lebih 300 senario dan kelajuan maksimum untuk mengelak halangan sehingga 120 km/j.
Harga dan Potensi Untuk Pasaran Malaysia
Model ini ditawarkan di China pada harga antara 139,800 hingga 173,800 yuan (anggaran RM90,000 – RM113,000). Dengan Proton kini memperkenalkan model Galaxy ke pasaran Malaysia di bawah nama e.MAS, tidak mustahil Starshine 8 PHEV turut akan dibawa masuk untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan kenderaan yang jimat tenaga.

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQJ9203
SELANGOR
BSM285
JOHOR
JYQ4550
PULAU PINANG
PRY1630
PERAK
APE6041
PAHANG
CFE9430
KEDAH
KGE768
NEGERI SEMBILAN
NEJ3801
KOTA KINABALU
SJP9143
KUCHING
QAB1134N
Terakhir Kemas Kini 28 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Berkaitan
Geely Galaxy Starship 7 PHEV Diperkenalkan Di China – Cecah 1,420 KM!
Galaxy Starship 7 ini merupakan versi separa enjin pembakaran kepada SUV EV Galaxy E5 yang turut menjadi model asas kepada Proton eMas 7.
09-11-2024
SPYSHOT: Proton e.MAS 7 PHEV Sedang Diuji, Bakal Dilancar Tahun Depan?
Proton e.MAS 7 PHEV dilihat sedang diuji di Lebuhraya Elite, Selangor semalam.
26-11-2025
Geely Galaxy Starship 7 PHEV Diperkenalkan Di China – Cecah 1,420 KM!
Galaxy Starship 7 ini merupakan versi separa enjin pembakaran kepada SUV EV Galaxy E5 yang turut menjadi model asas kepada Proton eMas 7.
09-11-2024
Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM
Di Auto Shanghai 2025 yang kini sedang berlangsung, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat kembar Proton eMas 7 dalam versi PHEV, Geely Galaxy Starship 7 EM-i.
25-04-2025
Berita Terkini
Lori Gerak Sendiri, Rempuh 5 Kereta, Mungkin Tak Angkat Brek Tangan
Sebuah lori yang yang diparkirkan di bahu jalan sebelum ditinggalkan pemandunya untuk keluar makan dipercayai bergerak sendiri sebelum merempuh lima kenderaan di Jalan Persiaran Damai Perdana, Kajang, semalam.
28-01-2026
9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!
Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.
28-01-2026
Budak Maut Tertinggal Dalam Kereta, Ada Tips Untuk Elak Tertinggal Anak
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di dalam kereta yang diletakkan di belakang sebuah bank dekat Jalan Tunku Hassan, Seremban, semalam.
28-01-2026
Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak
Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.
27-01-2026
Harga Denza D9 2026 Naik, Ada Sebabnya!
Gara-gara pengecualian cukai kenderaan elektrik (EV) dijadualkan berakhir pada 2026, harga Denza D9 dijangka mengalami pelarasan sekitar 15%.
27-01-2026
Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?
Selepas kejayaan model T2, kini giliran 'adiknya' iaitu Jetour T1 pula membuktikan kehebatan dalam aspek keselamatan.
27-01-2026
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut
Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.
27-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat