ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas sesi pratonton yang diadakan di  Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS)pada tahun lalu,  Honda Malaysia akhirnya sudah membuka tempahan untuk model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1. 

Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia, di mana pelancarannya akan dibuat pada suku kedua tahun ini.

image.png

Ia dibina berasaskan platform pacuan roda hadapan baharu yang dikenali sebagai e:N Architecture F,. 

image.pngimage.png

Untuk itu, ia  menampilkan persediaan pacuan roda hadapan (FWD) yang menjanjikan pecutan lancar dan kawalan yang agak cemerlang ketika berada di  pelbagai keadaan  jalan.

image.pngimage.png

Honda e:N1 yang hadir dengan satu motor FWD membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat  201 HP (150 kW) dan 310 NM.

Ia dikatakan mampu  memecut dari 0 hingga 100 KM/J dalam 7.7 saat, manakala kelajuan maksimumnya adalah  160 km/j.

Dengan adanya pek bateri lithium-ion berkapasiti 68.8-kWh, ia dikatakan mampu menawarkan perjalanan sejauh  500 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.png

Dari segi reka bentuknya, e:N1 pada asasnya ialah versi EV model SUV kompak popular Honda, HR-V, kerana ia menampilkan gaya badan crossover coupe yang sama.

Ini termasuk muka hadapan tanpa gril yang menempatkan port pengecasannya ala Chery Omoda E5, lampu depan dan lampu belakang jenis LED penuh, roda aloi dwi-ton 18 inci, lencana ‘H’ putih baharu untuk melambangkan persediaan rangkaian kuasa elektriknya, berwajah baharu di pintu belakang, dan banyak lagi.

Dari segi dimensi, saiz e:N1 sebenarnya  lebih kurang sama dengan HR-V, kerana ia berukuran 4,380 mm panjang, lebar 1,790 mm, tinggi 1,592 mm manakala   jarak roda 2,610 mm.

Ini juga meletakkan e:N1 sebenarnya setanding dengan Chery Omoda E5, BYD Atto 3 dan MG S5 EV yang dipratonton baru-baru ini.

image.pngimage.png

Dari segi keselamatan, e:N1 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Selain ADAS,  e:N1 juga didatangkan dengan Maklumat Titik Buta (BSI) dengan Pemantau Lintasan Trafik  (CTM).

Seperti mana yang dinyatakan,  tempahan Honda e:N1 kini boleh dibuat melalui portal tempahan khusus Honda Malaysia atau, secara alternatif, melalui aplikasi mudah alih HondaTouch.

image.png

Anda juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda terpilih atau menghubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari laman web rasmi Honda Malaysia.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4671

SELANGOR

BST7691

JOHOR

JE4152J

PULAU PINANG

PSF6224

PERAK

APL5361

PAHANG

CFH7574

KEDAH

KGJ1578

NEGERI SEMBILAN

NEL8942

KOTA KINABALU

SJU1594

KUCHING

QAB5782P

Terakhir Kemas Kini 21 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.