ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-3.jpgweb_Jaecoo-Malaysia-PAP.jpg


Jaecoo Malaysia umum program khas, Professional Affiliates Programme (PAP)


Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP) satu inisiatif baharu yang menawarkan kelebihan pembelian kepada golongan profesional dan korporat di Malaysia.


Diskaun Khas untuk Ahli Badan Profesional dan Syarikat


Photo-1-(2).jpgPhoto-2.jpg


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, PAP menawarkan diskaun pembelian khusus kepada individu yang merupakan ahli badan profesional, syarikat korporat, serta sektor perkhidmatan kewangan dan insurans. Jaecoo turut memperluaskan manfaat program ini kepada pencipta kandungan (content creator) yang diiktiraf sebagai Duta Jenama Jaecoo.


Keluarga Terdekat Juga Layak Terima Diskaun


Menariknya, manfaat diskaun ini turut boleh dinikmati oleh ahli keluarga terdekat individu yang layak. Untuk pengesahan, pemohon hanya perlu hadir ke bilik pameran Jaecoo dengan membawa dokumen sokongan seperti bukti keahlian profesional atau pengesahan pekerjaan.


Khas Untuk Jaecoo J7


web_MA_CariCarz_Jaecoo-J7-Launch_-5.jpgJaecoo-J7-M4TREC-OffRoad-5.jpgweb_CariCarz_Launch_Jaecoo-J7-PHEV_-5.jpg


Buat masa ini, diskaun PAP hanya terpakai untuk model Jaecoo J7 sahaja, melibatkan ketiga-tiga varian iaitu 2WD (RM138,800), AWD (RM148,800) dan versi hibrid plug-in (PHEV) pada harga RM158,800. Walau bagaimanapun, kadar diskaun yang ditawarkan tidak dinyatakan secara rasmi.


Jaecoo Malaysia masih belum mengesahkan sama ada model lain seperti Omoda C9 atau model baharu yang bakal diperkenalkan di Malaysia Autoshow 2025 akan dimasukkan dalam program ini. Namun, ia berkemungkinan besar dipertimbangkan pada masa akan datang.


Baca: Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800


Strategi Mendekati Pelanggan


Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek, menyifatkan program ini sebagai langkah penting untuk memperkukuh hubungan dengan pelanggan tempatan.


“Ini adalah satu lagi usaha kami untuk mengangkat jenama Jaecoo dan mendekatkan diri dengan peminat serta pengguna,” ujarnya dalam kenyataan rasmi.


Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman rasmi jaecoo.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan jualan Jaecoo berdekatan.

Jaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-5.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

06-05-2025
Global
Berita Auto
Berita Auto
Kereta Baru

26-03-2025
Berita Auto

21-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.