- Berita
- Berita Auto
- Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan
Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan

Jangan bawa kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya kerana anda boleh dikenakan saman RM1,000 atau penjara tiga bulan!
Itu kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Khairul Aswad Abdul Halim
JPJ ingin menegaskan perbuatan itu melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.
Beliau berkata demikian sejurus tular video menerusi laman TikTok yang memaparkan tiga individu menaiki skuter elektrik, dipercayai di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Bachang, Melaka.
Bagi yang masih tidak tahu, penggunaan kenderaan mikromobiliti di jalan raya adalah dilarang, termasuk e-skuter, hoverboard, monowheel, segway serta basikal elektrik tanpa kelulusan, berdasarkan Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 17 Disember 2021.

"Kenderaan mikromobiliti hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan seperti taman rekreasi, laluan khas atau kawasan persendirian, dan bukan di atas jalan awam.

"JPJ memandang serius kesalahan ini, dan orang awam disarankan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta tidak menggunakan kenderaan yang dilarang bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge