MAS 2025: MGS5 Sudah Didedah, Harga Anggaran Cuma RM115K

Selepas mengumumkan harga anggaran bermula dari RM115,000 untuk MGS5 EV, MG Motor Malaysia kini menawarkan pakej eksklusif awal sempena Malaysia Autoshow 2025.
Pelanggan yang membuat tempahan MGS5 EV semasa Malaysia Autoshow dengan bayaran yuran tempahan RM500 akan layak untuk pakej early bird eksklusif.
Pakej ini menawarkan penjimatan luar biasa memberikan nilai tambahan kepada penyokong awal sebelum harga rasmi diumumkan.
Selain itu, pelanggan awal juga akan menerima pengecas AC Wallbox 7kW secara percuma 1 bagi memudahkan pengecasan di rumah.


MGS5 EV akan ditawarkan dalam dua varian – COM dan LUX.
Varian COM hadir dengan pilihan bateri 49kWh atau 62kWh, masing-masing memberikan jarak WLTP sehingga 340km dan 430km.
Bateri 62kWh adalah standard untuk varian LUX, yang juga menawarkan jarak sehingga 430km. Semua varian dilengkapi dengan tork 170PS dan 250Nm disalurkan melalui konfigurasi Pacuan Roda Belakang (RWD) yang menjadi pilihan unik dalam segmennya serta sokongan pengecasan 7kW AC.
Varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 26 minit.
Selain itu, varian ini menawarkan pengalaman pemanduan premium dengan ciri-ciri seperti roda aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik dan tempat duduk fabrik kulit dengan logo MG.
Antara kelengkapan lain ialah tempat duduk pemandu boleh laras secara berkuasa, hadir dengan stereng kulit dengan sistem penghangat, pad pengecasan telefon tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu belakang berkuasa, dan terdapat kamera pandangan sekeliling 360 darjah.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakang Arch khas MG dengan motif tersendiri.
Ia juga didatangkan dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainmen dengan arahan suara, instrumen digital 10.25 inci dan sistem sambungan MG iSMART.
Ruang butnya pula seluas 1,441 liter .


Direka dengan susun atur bateri mendatar ultra nipis, MGS5 EV memaksimumkan ruang dalaman sambil mengekalkan pusat graviti yang rendah, menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya. Sistem kawalan tekanannya dikatakan dapat mengurangkan pengembangan sel bateri seterusnya meningkatkan keselamatan dan jangka hayat bateri.
Apapun, pelanggan yang membuat tempahan untuk MG Cyberster akan menerima pakej Pengecasan Tanpa Had selama satu tahun dengan JomCharge, yang merangkumi fungsi Pengecasan Auto, pengecas AC Wallbox 7kW percuma 2 , serta model diecast MG Cyberster edisi terhad eksklusif 3 .


Pengunjung juga berpeluang menikmati rebat RM5,000 untuk MG5 dan MG HS, atau memilih pemilikan fleksibel MG4 dengan ansuran bulanan serendah RM974. Semua tempahan yang dibuat semasa Pameran Auto Malaysia juga akan menerima hadiah percuma .
Sebagai makluman, MGS5 EV ditawarkan dalam lima warna pilihan: Putih, Perak Monumen, Kelabu Camden, Merah Dinamik, dan Elegant Latte.
Kunjungi ruang pameran MG (Dewan A02) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 9 hingga 15 Mei 2025, dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat
Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.
05-11-2025
Tesla Model 3 & MGS5 EV Raih Euro NCAP 5 Bintang
Keluaran yang terkini bagi Tesla Model 3 dan MGS5 EV telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang dalam Euro NCAP.
22-05-2025
SAIC Motor Dedah MG S5 Elektrik, Ada 2 Pilihan Bateri, Harga Bermula Dari RM115K
MG Motor Malaysia mendedahkan MG S5 elektrik dalam satu sesi majlis prantonton eksklusif bersama media, sebentar tadi.
14-04-2025
MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV
Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi.
05-03-2025
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge