ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_5.JPG


Sempena Malaysia Autoshow 2025, jenama automotif negara, Proton, mempertontonkan barisan kenderaan elektrik (EV). Salah satu model yang dipamerkan ialah e.MAS 5 yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. 


CariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_12.JPGCariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_16.JPG


Walaupun diselubungi pelekat samaran, bentuknya jelas lebih kecil daripada model elektrik yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia, e.MAS 7 dengan rekaan yang menyerupai Geely Xingyuan, model yang dipertontonkan di Auto Shanghai 2025 baru-baru ini. 


IMG_0141.JPGIMG_0142.JPG


Geome Xingyuan yang dipamerkan di Auto Shanghai 2025 baru-baru ini



Model keluaran Geely itu pertama kali didedahkan pada September tahun lalu dengan ukuran panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm. Pesaingnya, BYD Dolphin, berukuran panjang 4,125 mm, lebar 1,770 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda  2,700 mm.


IMG_0158.JPG

IMG_0155.JPGIMG_0154.JPG

Kabin Geome Xingyuan


Di bahagian dalam, Geome Xingyuan menampilkan kokpit simetri dengan paparan LCD instrumen bersaiz 8.8 inci serta stereng pelbagai fungsi. Skrin infotainmen berukuran sama ada 10.1 inci atau 14.6 inci, bergantung kepada varian. Sistem ini disepadukan dengan sistem Flyme Auto milik Geely. 


Ciri tambahan lain termasuk pad pengecas tanpa wayar 50W, fungsi pembantu suara, pencahayaan ambien 256 warna serta pendingin hawa dengan corong udara di belakang.


CariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_14.JPGCariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_13.JPGCariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_28.JPG


Model ini juga tampil praktikal dengan ruang 36 ruang simpanan, termasuk ruang depan (frunk) 70 liter, kotak simpanan dashboard (glove box) 10 liter dan ruang pada konsol tengah 20 liter. But belakang pula menawarkan kapasiti simpanan 375 liter yang boleh  diperluaskan hingga 1,320 liter dengan tempat duduk belakang dilipat.

Memandangkan ukurannya lebih kecil daripada e.MAS 7 dan berkemungkinan besar diposisikan lebih rendah daripada model tersebut, model yang dipertontonkan ini pastinya akan menjadi EV mampu milik yang ditawarkan kelak. 

CariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_44.JPGCariCarz_SN_Proton-eMAS-5-MAS-2025_41.JPG

Proton e.MAS 5 dijangka akan dilancarkan dalam waktu yang sama dengan model EV Perodua, iaitu pada hujung tahun ini. Agaknya model mana akan memenangi 'pertarungan' EV jenama nasional?

Model elektrik ini dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung di MAEPS Serdang bermula esok 9 Mei hingga 15 Mei akan datang. Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

30-09-2026
EV

18-09-2026
EV

10-09-2026
EV

12-08-2026
EV

30-06-2026
Berita Auto

26-05-2026
EV

22-05-2026
EV

10-03-2026

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.