ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan pada Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara. 

Model ini merupakan yang merupakan hasil kolaborasi eksklusif antara smart dan BRABUS Kuala Lumpur sudah dibuka untuk tempahan.

Buat masa ini, harganya tidak didedahkan dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini.

image.pngimage.png

 #1 Brabus ini pada asalnya menerima beberapa pengubahsuaian khusus Brabus yang diperkenalkan tahun lalu, yang direka untuk meningkatkan lagi sifat sporty hatchback EV.

image.pngimage.png

Untuk makluman, model edisi terhad ini dilengkapi dengan kit badan khas Brabus dimana bahagian hadapan  dipanjangkan, diffuser belakang yang agak menonjol, manakala spoiler belakang ada  logo  Brabus.

Malah,  model istimewa #1 Brabus ini turut dilengkapi dengan rim aloi Brabus Monoblock Z bersaiz 19 inci yang lebih besar dan bergaya, manakala ketinggian keseluruhan keretanya telah direndahkan sebanyak 35 mm.

Jadi, ia kelihatan agak pendek.  Tidak ketinggalan, terdapat juga plat  khas yang terletak di setiap sisi tiang-B, dengan tertera perkataan Limited Edition   1 0f 20  (“1 daripada 20” unit).

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia  dilengkapi dengan komponen Brabus seperti plat ambang pintu berlampu, pedal kaki aluminium,  jahitan merah, serta plat peringatan khas Brabus pada konsol tengah.

Seperti yang dijangka, tiada perubahan pada sistem kuasa pada model istimewa ini memandangkan ia masih dikuasakan oleh sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang mampu menghasilkan sehingga 422 HP dan 543 Nm.

Ini  membolehkan hot hatch ini memecut dari 0-100 km/j hanya dalam hanya 3.9 saat. Tenaga dibekalkan oleh pek bateri NMC 66-kWh yang memberikan jarak pemanduan sehingga 400 km mengikut piawaian WLTP.

image.pngimage.png

Setakat ini, smart Malaysia masih belum mendedahkan harganya. Namun, memandangkan model standard #1 Brabus kini dijual pada harga RM249,000, kita boleh menjangkakan bahawa model istimewa ini akan dijual pada harga yang sedikit lebih tinggi.

image.png

Mereka yang berminat untuk melihat sendiri smart #1 Brabus Limited Edition serta model baharu smart #5, anda boleh mengunjungi Malaysia Autoshow 2025 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 hingga 15 Mei 2025.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW3473

SELANGOR

BSP5972

JOHOR

JYV8047

PULAU PINANG

PSB8413

PERAK

APH1620

PAHANG

CFG3885

KEDAH

KGF6207

NEGERI SEMBILAN

NEK2870

KOTA KINABALU

SJR6781

KUCHING

QAB6941N

Terakhir Kemas Kini 03 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-05-2025
Berita Auto

24-12-2025
Global
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025
Kereta Baru

28-08-2025
Berita Auto

08-08-2025

Berita Terkini

EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.

20-04-2026
EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.