ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: Zeekr 009 Executive, Tempahan Dibuka, Hanya Berharga RM310K Untuk 500 Pembeli Pertama

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Walaupun tidak mempamerkan model baharu, namun jenama Zeekr memilih untuk melancarkan dan memperkenalkan varian baharu, Zeekr 009 Executive, pada Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).

Dinamakan sebagai Zeekr 009 Executive, tambahan varian ini ini menyertai dua model sedia ada iaitu 6-tempat duduk Ultra Luxury dan 7-tempat duduk Luxury. 

Apa yang cukup menarik adalah, bagi 500 pelanggan pertama, yang menempah Zeekr 009 ini, akan ditawarkan pada harga RM310,000 sahaja.

Untuk itu, tempahan sudah pun dibuka di MAS 2025 dan di semua bilik pameran Zeekr yang sah di seluruh negara.

image.png

Zeekr 009 Executive menampilkan tetapan pacuan roda hadapan dengan satu motor yang mampu menghasilkan kuasa setakat 335 hp  dan 373 Nm.

Ia  yang dikuasakan oleh bateri 116 kWh, menawarkan jarak pemanduan sehingga 604 KM mengikut penarafan WLTP dan mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam hanya 7.9 saat.

image.png

Selain itu, Zeekr Malaysia turut memperkenalkan pilihan warna luaran baharu iaitu Mineral Green untuk kedua-dua varian Ultra Luxury dan Luxury. 

Kemasan elegan ini menyertai dua pilihan sedia ada iaitu Phantom Black dan Crystal White.

Zeekr 009, yang pertama kali dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2024 dalam varian Ultra Luxury dan Luxury menampilkan sistem AWD dwi-motor yang menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 603 HP dan 693 NM. Ia juga kekal sebagai MPV paling bertenaga di pasaran.

Menjengah bahagian kabinnya, penumpang di barisan kedua menikmati tempat duduk Sofaro First Class Aeronautic yang dilengkapi dengan fungsi pengudaraan, urutan, dan memori. 

image.pngimage.png

Terdapat juga Skrin OLED berukuran 17 inci yang dipasang di bumbung melengkapi paparan infotainmen 15.05 inci, kluster instrumen digital 10.25 inci, dan paparan kepala AR 35.95 inci.

Semua model Zeekr 009 dan Zeekr X disertakan dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 KM dan jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 KM.

Pembeli juga akan menerima dua tahun perkhidmatan  percuma dengan data 6GB untuk aplikasi Zeekr, navigasi, dan kemas kini OTA.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4090

SELANGOR

BSU3327

JOHOR

JF4792J

PULAU PINANG

PSG2933

PERAK

APM1304

PAHANG

CFH9748

KEDAH

KGJ4110

NEGERI SEMBILAN

NEM2359

KOTA KINABALU

SJU4874

KUCHING

QAB7358P

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Kereta Baru

14-05-2025
Kereta Baru

04-10-2024
EV

24-09-2024
Global

22-08-2024
EV

03-08-2024

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.