MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000

MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
MGS5 ini didatangkan dalam tiga varian dimana varian Com berharga RM125,900 untuk varian Com Long Range, manakala varian Lux pula berharga RM135,900.
Bagaimanapun, untuk 500 orang pelanggan pertama akan menerima manfaat berupa penjimatan sehingga RM6,000 serta pakej pengecas dinding 7kW secara percuma. Ini bermakna, harga jualan MGS5 EV bermula serendah RM109,900.

SUV segmen B elektrik sepenuhnya ini berukuran 4,476 MM panjang, 1,849 MM lebar dan 1,621 MM tinggi, dengan jarak roda 2,730 MM.
Saiznya meletakkannya dalam persaingan rapat dengan model seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3 dan Honda e:N1 yang dilancarkan baru-baru ini.


Untuk makluman anda, Varian Com disumbat dengan pilihan pek bateri lithium iron phospate (LFP) berkapasiti 49 kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 340 km, sementara varian Com Long Range pula dilengkapi bateri 62 kWh dengan jarak gerak cecah 430 km.
Sementara itu, varian Lux Long Range pula hanya eksklusif dengan pek bateri 62 kWh.


Namun, kesemua varian secara standard dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda belakang berkuasa 170 PS dan 250 Nm.
Selain itu, MG S5 EV juga menyokong pengecasan AC 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 120 kW, manakala varian Lux pula diberikan kelebihan pengecasan pantas DC sehingga 150 kW. Jadi MG S5 EV Lux boleh dicas dari 10-80 peratus hanya dalam 26 minit.
Menjengah bahagian luarannya, MG S5 ini didatangkan dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakang Arch khas MG dengan motif tersendiri.
Bahagian kabinnya pula, jentera ini dilengkapi dengan skrin kluster digital 10.25 inci serta skrin tengah sebesar 12.8 inci. ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar termasuk kefungsian Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainment dengan arahan suara, 10.25
Begitupun, Varian Lux pula mendapat kelengkapan tambahan. Ini termasuklah rim aloi 18 inci, bumbung kaca panorama, upholsteri tempat duduk kulit-fabrik, tempat duduk pemandu boleh laras, pemanas roda stereng, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, pintu tailgate berkuasa, sistem audio dengan enam pembesar suara dan kamera keliling.
Ruang butnya pula seluas 1,441 liter .

Bagi yang berminat, MGS5 EV ditawarkan dalam lima warna pilihan: Putih, Perak Monumen, Kelabu Camden, Merah Dinamik, dan Elegant Latte.
Jika anda cukup berminat dengan MGS5, segeralah menjadi salah seorang daripada 500 pelanggan terawal untuk mendapat harga diskaun sehingga RM6,000.
Lebih menarik terdapat Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MGS5 EV
- 7-tahun atau Waranti Perbatuan Pada Kenderaan
- 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi
- 8-tahun atau Waranti Perbatuan 160,000km Pada Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor
- Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW 2
Sebelum itu, adakah MGS5 ini mampu menewaskan seterunya seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3 dan seangkatannya?
Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge