MGS5 Bakal Dilancar, Mampukah Tewaskan Proton e.MAS 7, Honda e:N1?

Nampaknya MGS5 EV yang dinanti-nantikan akhirnya akan dilancarkan secara rasminya di pasaran tempatan, dalam beberapa jam lagi.
MGS5 EV ini sebenarnya telah dipratonton secara berperingkat, bermula dengan penyiaran imej teaser, diikuti dengan pendaftaran minat, pratonton media eksklusif dan terbaru, pratonton awam di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).


Jadi, hari ini sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui Harga sebenar jentera itu memandangkan sebelum ini harga anggarannya dikatakan bermula dari RM115,000
Mengimbas Kembali, MGS5 EV sebenarnya adalah versi eksport MG ES5, yang dilancarkan di China pada Oktober tahun lepas. SUV segmen B elektrik sepenuhnya ini berukuran 4,476 MM panjang, 1,849 MM lebar dan 1,621 MM tinggi, dengan jarak roda 2,730 MM.
Saiznya meletakkannya dalam persaingan rapat dengan model seperti BYD Atto 3 dan Honda e:N1 yang dilancarkan baru-baru ini.


Apa yang kami tahu setakat ini ialah MGS5 EV akan ditawarkan dalam dua varian – COM dan LUX.
Bagi varian MG S5 Com, ia menerima bateri LFP 49kWj dimana ia mampu memberikan jarak gerak 340 km dalam kitaran WLTP, manakala MG S5 Lux pula diberikan bateri LFP 62 kWj bagi memberikan jarak gerak sejauh 430 km.


Semua varian dilengkapi dengan tork 168hp dan 250Nm disalurkan melalui konfigurasi Pacuan Roda Belakang (RWD) yang menjadi pilihan unik dalam segmennya serta sokongan pengecasan 7kW AC.
Varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 26 minit manakal varian Com boleh menerima pengecas pantas DC sehingga 120 kW.
Varian LUX secara eksklusif menampilkan bateri 62 kWj, serta hadir dengan pelbagai ciri premium, termasuk roda aloi 18 inci, bumbung panoramik, tempat duduk pemandu boleh laras secara berkuasa, hadir dengan stereng kulit dengan sistem penghangat, pad pengecasan telefon tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu belakang berkuasa, dan terdapat kamera pandangan sekeliling 360 darjah.
Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakang Arch khas MG dengan motif tersendiri.
Ia juga didatangkan dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainmen dengan arahan suara, instrumen digital 10.25 inci dan sistem sambungan MG iSMART.
Ruang butnya pula seluas 1,441 liter .
Sebagai makluman, MGS5 EV ditawarkan dalam lima warna pilihan: Putih, Perak Monumen, Kelabu Camden, Merah Dinamik, dan Elegant Latte.
Apapun, teruskan Bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MGS5 ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF2478
SELANGOR
BSR4438
JOHOR
J2475J
PULAU PINANG
PSD5978
PERAK
APJ6520
PAHANG
CFH648
KEDAH
KGG8975
NEGERI SEMBILAN
NEK8437
KOTA KINABALU
SJS9016
KUCHING
QAB1607P
Terakhir Kemas Kini 08 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota
Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat