Omoda | Jaecoo Malaysia Buka Gudang Alat Ganti Di Shah Alam

Selepas mengumumkan penjenamaan semula secara rasmi di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) baru-baru ini, Omoda | Jaecoo Malaysia kini tampil memperincikan langkah terkini dalam usaha untuk memperkukuh rangkaian selepas jualan di seluruh negara.
Gudang Baharu di Shah Alam


Langkah terbaharu itu melibatkan pembukaan sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Hicom, Shah Alam, Selangor. Gudang ini dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat induk, Chery Corporate Malaysia dan direka bagi menyokong portfolio jenama Omoda, Jaecoo serta iCaur (dikenali sebagai iCar di China).
Fasiliti ini telah beroperasi sejak Mac 2025 dan mempunyai keluasan binaan mencecah 88,000 kaki persegi, dua kali ganda lebih luas berbanding gudang terdahulu. Ia kini menempatkan lebih 10,000 unit alat ganti bagi ketiga-tiga jenama di bawah Chery.
Baca: Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"
Bersedia untuk Pelancaran iCaur






Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Omoda | Jaecoo Malaysia, gudang ini memainkan peranan penting dalam memastikan tahap kesiapsiagaan rangkaian menjelang pelancaran rasmi jenama iCaur serta model pertamanya, iCaur 03 yang dijangka berlaku pada suku ketiga (Q3) tahun ini.
“Gudang Chery Corporate Malaysia yang terletak di lokasi strategik ini amat penting untuk menyokong pertumbuhan rangkaian pengedaran kami dan memastikan perkhidmatan selepas jualan premium dapat dikekalkan,” ujar Naib Presiden Omoda | Jaecoo Malaysia, Emily Lek.
Rangkaian Pengedar Semakin Luas
Setakat ini, Omoda | Jaecoo Malaysia mempunyai 45 cawangan pengedaran di seluruh negara yang menawarkan jualan dan perkhidmatan selepas jualan. Jumlah ini dijangka meningkat susulan pengumuman 11 pengedar iCaur baharu semasa MAS 2025 yang lalu.
Memandangkan pelancaran rasmi jenama iCaur kian menghampiri, Omoda | Jaecoo Malaysia dijangka akan terus memperluaskan infrastrukturnya serta mengukuhkan perkhidmatan untuk memenuhi jangkaan pelanggan dalam segmen automotif premium dan elektrifikasi.
Baca: MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah
Baca: MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2941
SELANGOR
BSU8259
JOHOR
JG9057J
PULAU PINANG
PSH2155
PERAK
APM7201
PAHANG
CFJ3375
KEDAH
KGJ7082
NEGERI SEMBILAN
NEM5043
KOTA KINABALU
SJU9837
KUCHING
QAB9448P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge