Banyaknya Kereta Terbiar Di KL, Kenapa Pemilik Tak Nak Jual?

Percaya atau tidak, sebanyak 2,500 kes kenderaan terbiar dilaporkan di Kuala Lumpur pada setiap tahun.
Perkara tu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa
"Di Kuala Lumpur sahaja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun. Ini bukan angka kecil dan tidak wajar dibiarkan berlarutan.
"Namun kita berdepan beberapa kekangan perundangan, antaranya kenderaan terbiar di premis swasta yang tidak boleh ditunda ke depot pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kenderaan sudah lama berada di depot tetapi masih belum dapat dilupuskan kerana halangan undang-undang," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Car Medic Sdn Bhd, sebuah pusat rawatan automotif berlesen menjalankan pelupusan kenderaan yang telah dilucut hak bagi meninjau sendiri pelaksanaan proses pelupusan lebih pantas, teratur dan lestari.
Beliau turut menggalakkan pemilik yang ingin melupuskan kenderaan secara sukarela agar hadir ke pusat rawatan automotif berlesen.
"Proses ini mudah dan pemilik akan menerima bayaran tunai berdasarkan keadaan kenderaan," katanya.
Di sebalik angka ini, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa si pemilik tidak mahu melupuskan kenderaan mereka dan sanggup membiarkan kenderaan mereka sehingga menjadi besi busuk?
Ini kerana tahap kesedaran masyarakat yang masih kurang apabila masih ingin menyimpan kenderaan usang ini dengan pelbagai alasan termasuk kononnya ia mempunyai nilai sentimental.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA6489
SELANGOR
BSV3240
JOHOR
JH8516J
PULAU PINANG
PSH5793
PERAK
APN2496
PAHANG
CFJ4759
KEDAH
KGJ9390
NEGERI SEMBILAN
NEM6737
KOTA KINABALU
SJV3129
KUCHING
QAB867Q
Terakhir Kemas Kini 24 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
DBKL Terima Aduan 1,000 Kereta Terbiar Dalam 5 Bulan
Hanya dalam lima tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima sebanyak 1,009 aduan berkaitan kenderaan buruk atau terbiar.
25-07-2025
Berita Terkini
27,734 Kompaun Dibatalkan! Ini Nasib Sebenar Sistem Kamera ANPR di Pulau Pinang
Sistem ANPR tidak menjadi di Pulau Pinang.
24-11-2026
MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai
PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.
23-11-2026
Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir
Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.
23-11-2026
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh
Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.
23-11-2026
Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion
: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .
23-11-2026
10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka
GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.
23-11-2026
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge