- Berita
- Berita Auto
- BMW Malaysia & Quill Automobiles Lancar Pusat Baik Pulih Badan & Cat Kenderaan Canggih
BMW Malaysia & Quill Automobiles Lancar Pusat Baik Pulih Badan & Cat Kenderaan Canggih


BMW Group Malaysia memperkukuh kualiti perkhidmatan selepas jualannya dengan pembukaan pusat badan dan cat kenderaan (Body & Paint) yang serba canggih, di bawah pengendalian Quill Automobiles, salah satu pengedar BMW terbesar di negara ini.
Menyokong Inisiatif ‘Relax. We Care’




Pelancaran pusat ini adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Relax. We Care’, yang menumpukan terhadap sokongan pelanggan menyeluruh sepanjang tempoh pemilikan.
Berkeluasan mencecah 15,625 kaki persegi, Pusat Body & Paint baharu oleh Quill Automobiles ini menampilkan standard kecekapan dan ketelitian tertinggi BMW. Fasiliti ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih untuk memudahkan usaha baik pulih sama ada kecil mahupun besar.


Pusat ini menyediakan 10 ruang baik pulih khusus, dua bilik penyemburan cat, empat ruang persediaan khas dan bilik khas untuk campuran cat. Turut disediakan ialah sistem penjajaran rangka Car-O-Liner untuk diagnosis mengikut spesifikasi kilang.

Di samping peralatan dan teknologi terkini yang diluluskan oleh BMW, kerja-kerja baik pulih dilaksanakan oleh 11 juruteknik terlatih. Antara perkhidmatan ditawarkan termasuk baik pulih selepas kemalangan, pemulihan cat, penukaran cermin hadapan dan penambahbaikan rim serta struktur kenderaan.
Komitmen Jangka Panjang

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, fasiliti ini menegaskan komitmen BMW untuk memberikan pengalaman pemilikan premium yang lengkap dan menyeluruh.
Ujar beliau, “Janji kami kepada setiap pelanggan di bawah jenama BMW Group ialah untuk memberikan ‘Sheer Driving Pleasure’ bukan sekadar semasa pemanduan, tetapi di sepanjang pemilikan, jauh melangkaui saat mereka keluar dari bilik pameran. Inisiatif ‘Relax. We Care’ mencerminkan usaha aktif kami untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui penjagaan proaktif, khidmat pakar, teknologi terkini dan sokongan yang telus.”
Tambahnya lagi, “Kemudahan Body & Paint yang dinaik taraf di Quill Automobiles ini mengukuhkan lagi janji tersebut, memberikan tahap kecemerlangan dan perhatian yang wajar diterima pelanggan kami, demi ketenangan fikiran terhadap kenderaan BMW mereka.”

Prinsipal Quill Automobiles, Alex Tang
Prinsipal Quill Automobiles, Alex Tang, pula memaklumkan bahawa pembukaan pusat ini adalah sebahagian daripada pelaburan berterusan dalam menyediakan servis automotif bertaraf dunia kepada para pelanggan.
Ujar Alex, “Dengan pertambahan ruang servis khas serta sistem pembaikan canggih berteknologi terkini untuk pemulihan kenderaan, kami kini bersedia menangani segala jenis kerja, daripada sentuhan kecil hinggalah kepada servis kompleks, dengan ketepatan setaraf kilang.”
Lokasi & Waktu Operasi

Pusat Body & Paint Quill Automobiles ini terletak di Lot 12, Jalan 51A/241, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor. Waktu operasinya adalah pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan Sabtu pada 8.30 pagi hingga 1 tengah hari dan ditutup pada setiap hari Ahad dan cuti umum.
Baca: Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini
Baca: Imej Acah BMW X3 & 2 Series Gran Coupe Terbaru – Bakal Tiba Di My BMW World 2025
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6224
SELANGOR
BSU9073
JOHOR
JH1375J
PULAU PINANG
PSH2836
PERAK
APM7835
PAHANG
CFJ3612
KEDAH
KGJ7437
NEGERI SEMBILAN
NEM5351
KOTA KINABALU
SJV931
KUCHING
QAB9610P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge