ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion),pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia,  memperkenalkan Ford Mobile Service (FMS), yang akan digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

Direka untuk memberikan fleksibiliti kepada pelanggan, FMS membolehkan pelanggan menempah khidmat juruteknik bertauliah Ford untuk melaksanakan pelbagai perkhidmatan penyenggaraan di lokasi pilihan pelanggan.

image.pngimage.png

Perkhidmatan yang disediakan termasuk pertukaran minyak enjin, pemeriksaan berbilang titik, penggantian bateri, pertukaran pengelap dan penapis. Perkhidmatan ini menggunakan alat ganti tulen Ford dan perkakas yang diluluskan oleh pengeluar.

image.png

Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, FMS adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menawarkan kemudahan dan nilai lebih tinggi yang mempertingkatkan pengalaman pemilikan. 

"Inisiatif ini membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat penyenggaraan profesional bagi kenderaan masing-masing dengan tahap keyakinan sama yang diharapkan daripada pusat servis pengedar. 

"Dalam usaha  meningkatkan piawaian perkhidmatan, kami tetap memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian yang memenuhi jangkaan pelanggan dari segi kualiti, kebolehpercayaan dan penjagaan yang diyakini," katanya.

FMS beroperasi dari Isnin hingga Jumaat yang menawarkan empat slot servis dari jam 9:00 pagi hingga 3:30 petang, manakala Sabtu menawarkan dua slot servis dari 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. 

image.png

Caj panggilan akan dikenakan untuk lokasi dalam lingkungan 20 kilometer dari Ford Ara Damansara, manakala caj tambahan akan dikenakan bagi lokasi yang melebihi jarak tersebut. 

Bermula dari bulan Jun, pelanggan boleh membuat tempahan melalui aplikasi SDM OneGo, yang boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store. 

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat temu janji, memilih masa pilihan dan lokasi servis serta menguruskan tempahan dengan mudah.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan temu janji melalui Talian Khidmat Pelanggan Ford Ara Damansara di 03-7621 5111.

image.png

Sempena dengan pelancaran kemudahan ini, Auto ConneXion kini menawarkan promosi eksklusif untuk tempoh terhad iaitu diskaun bagi yuran tempahan standard, yang akan disediakan sebaik sahaja temu janji dibuka untuk tempahan.

Para pelanggan boleh memuat turun aplikasi SDM OneGo menerusi Apple App Store dan Google Play Store. Temu janji juga boleh dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan Ford Ara Damansara di 03-7621 5111.

Untuk maklumat lanjut, layari https://ford.simemotors.my/

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2404

SELANGOR

BSU8098

JOHOR

JG8719J

PULAU PINANG

PSH2047

PERAK

APM7068

PAHANG

CFJ3315

KEDAH

KGJ7023

NEGERI SEMBILAN

NEM4982

KOTA KINABALU

SJU9746

KUCHING

QAB9429P

Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-03-2023
Berita Auto

28-09-2022
Berita Auto

10-06-2025
Global

05-02-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.