ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gagal Pemeriksaan Tayar: 600 Kenderaan Perdagangan Guna Tayar Tidak Ikut Spesifikasi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, lebih 600 kenderaan perdagangan gagal pemeriksaan tayar ketika menjalani pemeriksaan di  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),  baru-baru ini.

Kesalahan itu dikesan selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengetatkan syarat pemeriksaan bermula bulan ini.

Berkuat kuasa pada 1 Jun 2025, penambahbaikan yang dilakukan oleh JPJ membabitkan pemeriksaan ketebalan bunga tayar dan pemeriksaan kenderaan berat jenis 'dumper tipper'.

Ini bermakna, JPJ menetapkan semua kenderaan perdagangan iaitu barangan dan perkhidmatan awam mestilah mempunyai ketebalan bunga tayar sekurang-kurangnya 1.6 milimeter pada keseluruhan permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan.

PUSPAKOM berkata,  sebanyak 658 daripada 49,570 kenderaan perdagangan, atau 1.3%, gagal dalam pemeriksaan tayar sejak kenderaan itu dibawa untuk menjalani pemeriksaaan di Puspakom  antara 1 hingga 10 Jun,

Sementara itu, sebanyak 43 kenderaan perdagangan (terutamanya lori tipper) gagal dalam pemeriksaan pagar sisi.

image.png

Kadar kegagalan berpunca daripada tayar pada bulan Mei adalah sebanyak 1.1%.

Bagi lori dumper atau tipper pula, pagar sisinya tidak boleh melebihi 762mm atau 610mm, bergantung kepada berat kasar kenderaan tersebut, dan dokumen mengenai jenis muatan yang dibenarkan untuk dibawa mesti dikemukakan semasa pemeriksaan – sesuatu yang sebelum ini tidak diwajibkan.

Berkaitan kadar lulus terkini, Puspakom dalam maklum balas bertulis kepada The Star berkata bahawa pemilik dan pengendali kenderaan berat tidak seharusnya hanya menumpukan perhatian untuk lulus pemeriksaan semata-mata, tetapi turut mengutamakan aspek keselamatan dan kesesuaian jalan raya dengan mematuhi piawaian di bawah Akta Pengangkutan Jalan.


Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3262

SELANGOR

BSU8354

JOHOR

JG9230J

PULAU PINANG

PSH2199

PERAK

APM7252

PAHANG

CFJ3405

KEDAH

KGJ7119

NEGERI SEMBILAN

NEM5067

KOTA KINABALU

SJV106

KUCHING

QAB9471P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-10-2026
Berita Auto

28-10-2026
Berita Auto

23-10-2026
Berita Auto

22-10-2026
Berita Auto

07-10-2026
Berita Auto

06-10-2026
Berita Auto

06-10-2026
Berita Auto

02-10-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.