Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras

PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024, peningkatan jualan bulan ketiga berturut- turut.
Untuk tiga bulan terakhir (Mac-Mei), jualan tahun ke tahun telah meningkat sebanyak 10% untuk jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 61,087 unit.
Peganganan pasaran bulan Mei pula dijangka berada di 19.2% daripada anggaran Jumlah Industri (TIV) sebanyak 69,495 unit dengan pegangan pasaran YTD juga dianggarkan sebanyak 19.2%.


Jualan kereta pada tahun ini dikatakan melonjak disebabkan Proton X50 dan Proton X70, yang telah mencatatkan jualan laris sejak pengenalan varian diperbaharui pada tahun lalu.
Jualan eksport yang kukuh juga memberi sumbangan, kini 36.6% lebih tinggi daripada 2024, manakala Proton e.MAS 7 mendahului jualan EV untuk bulan kelima berturut-turut pada Mei,selain mencatatkan jualan melebihi 900 unit buat pertama kali.
Dari segi prestasi jualan, Proton X70 mencatat peningkatan paling ketara apabila jualan naik sebanyak 44% dan menutup bulan dengan 982 unit.SUV segmen-C itu kini mencatatkan lonjakan 53.1% berbanding jumlah jualan YTD bagi 2024

Selain Proton X70, Proton X50 turut mencatat prestasi kukuh dengan tambahan 2,198 unit pada Mei, sekali gus meningkatkan jumlah jualan YTD kepada 9,704 unit.
Jualan ini meletakkannya di kedudukan teratas dalam segmen SUV-B, selain mencatatkan peningkatan 14.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Situasi serupa turut dilihat pada Proton X90, apabila SUV segmen-D premium itu mencatat peningkatan jualan sebanyak 15.5% kepada 224 unit.
Sementara itu, jualan bagi tiga model sedan Proton meningkat seiring dengan model SUV.
Jualan model sedan segmen-A, Proton Saga, mencapai 5,513 unit pada bulan Mei, peningkatan sebanyak 5.8% berbanding bulan
April. Proton Persona, model sedan segmen-B, mencapai 1,385 unit pada bulan Mei, peningkatan sebanyak 4.3%
Bagi sedan segmen-C pula, Proton S70 terus mendahului segmen dengan peningkatan sebanyak 2.7% kepada 1,763 unit.
Proton Iriz juga telah meningkatkan jualannya pada bulan Mei sebanyak 14.1% kepada 331 unit untuk mengekalkan kedudukannya sebagai hatchback segmen-B yang keempat paling popular di Malaysia.
Bagi segmen EV, Proton e.MAS 7 mencapai volum jualan tertinggi baru yang mengukuhkan kedudukannya sebagai EV terlaris di Malaysia. Sebanyak 916 unit SUV EV premium segmen-C itu telah dijual di pasaran domestik dan antarabangsa.

Tahun 2025 menyaksikan pelbagai inisiatifbagi memperluaskan pasaran di luar negara, bermula dengan pelancaran CKD Proton Saga versi pemanduan sebelah kiri (LHD) untuk pasaran Mesir serta dua aktiviti mengutamakan e.MAS 7 di Nepal dan Singapura.


Pada bulan Jun, PROTON akan memperkenalkan kenderaan EV di Trinidad & Tobago yang merupakan pasaran eksport kedua selepas Nepal, yang akan meningkatkan jumlah eksport e.MAS 7 melebihi 233 unit setakat ini.
Model eksport utama adalah Proton Saga dengan 710 unit, diikuti oleh Proton X50 yang telah mencatatkan peningkatan jualan eksport YTD sebanyak 360% kepada 694 unit.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat