ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kamera AWAS: Sistem Point To Point Masih Belum Bermula

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mungkin ramai yang kecut perut selepas melihat tiang hitam (perangkap had laju) yang sudah dipasang di beberapa Kawasan lebuh raya utama namun  ujian rintis sistem berasaskan kaedah 'point-to-point'  masih belum bermula.

Pejabat Menteri Pengangkutan, berkata, ujian rintis sistem point-to-point masih belum dimulakan. 

Setakat ini, belum ada maklumat mengenai tarikh ia dijadualkan bermula," katanya kepada Berita Harian.

Terdahulu, sistem berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu diumumkan akan diuji secara rintis di dua lebuh raya utama iaitu dari Terowong Genting Sempah ke Hentian Rehat Gombak, serta dari Plaza Tol Senawang ke Plaza Tol Simpang Ampat (Alor Gajah).

Selain itu, sistem ini akan dipasang di lokasi yang sering berlaku kemalangan di jarak laluan yang lebih panjang, contohnya di lokasi Terowong Menora ke Hentian Rehat Sungai Perak.

Untuk makluman,  sistem berkenaan dirangka untuk menggantikan kaedah kamera statik sedia ada yang disifatkan tidak lagi berkesan dalam mengurangkan kelajuan kenderaan.

image.png

Berikut merupakan senarai lokasi kamera AwAS:

Arah Utara

KM 96.3: Kuala Muda
KM 1: Johor Bahru
KM 151: Pagoh
KM 184.2: Jasin
KM 214.4: Alor Gajah
KM 328.8: Behrang
KM 375.9: Slim River
KM 204.6: Taiping
KM 174: Bandar Baharu
KM 166: Seberang Perai Selatan

Arah Selatan

KM 1: Johor Bahru
KM 146.8: Pagoh
KM 185: Bemban
KM 214.3: Alor Gajah
KM 301.6: Kajang
KM 299.9: Kampar
KM 97.2: Kuala Muda



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9309

SELANGOR

BST4692

JOHOR

JD6431J

PULAU PINANG

PSF3439

PERAK

APL2659

PAHANG

CFH6327

KEDAH

KGH8760

NEGERI SEMBILAN

NEL7039

KOTA KINABALU

SJT9124

KUCHING

QAB5213P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ramai Salah Faham Kos Kamera AWAS, MOT Tampil Dedah Angka Sebenar

Rupanya Ini Kos Kamera AWAS Setahun, Patutlah Sentiasa 'Flawless' Tangkap Gambar Saman.

03-07-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.