ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenaikan Harga RON95 Tidak Menjejaskan Majoriti, Kata PMX

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PMX-AnwarIbrahim-EnergyAsia2025-(2).jpg


Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 kerana ia adalah langkah penting untuk kepentingan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Tiada Kenaikan Harga RON95 Untuk Kebanyakan Rakyat


Bercakap kepada portal berita NST, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kenaikan harga RON95 ini tidak akan menjejaskan majoriti rakyat Malaysia. Jelasnya, rasionalisasi subsidi ini bertujuan memastikan kecukupan sumber kewangan mencukupi bagi membantu golongan miskin, meningkatkan kualiti pendidikan serta memperbaiki perkhidmatan awam termasuk penjagaan kesihatan.


“Banyak kempen negatif mengenai rasionalisasi subsidi RON95... saya ingin tegaskan bahawa kenaikan harga RON95 tidak akan memberi kesan kepada 85 hingga 90 peratus rakyat kita. Jadi itu perlu dijelaskan. 


“Apa sahaja yang dikatakan oleh pihak pembangkang hanyalah gimik dan cubaan untuk menggambarkan bahawa rakyat sedang menderita, bagi menimbulkan naratif negatif,” katanya selepas merasmikan Energy Asia 2025 di sini hari ini.


Anwar turut menegaskan bahawa negara memerlukan perkembangan positif dan membina untuk memacu ekonomi ke hadapan.


Baca: Subsidi Bersasar RON95: Semuanya Bergantung Pada Ekonomi Semasa


Rasionalisasi Subsidi Dijangka Dilaksanakan Separuh Kedua Tahun Ini


PMX-AnwarIbrahim-EnergyAsia2025-(1).jpg


Pada 26 Mei lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini. Proses ini kini tertumpu kepa   da usaha untuk mengenal pasti kumpulan yang layak menerima subsidi tersebut.


Baca: Subsidi RON95: Kerajaan Bakal Guna MyKad Kerana Lebih Mudah


Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Mohon Penangguhan


Setel-Lite-AppReview-12.jpg


Bagaimanapun, pada 3 Jun, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 sehingga dua isu penting yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan industri diselesaikan.


Mewakili lebih 4,000 pengendali stesen minyak di seluruh negara, persatuan itu memberi amaran bahawa isu-isu yang belum diselesaikan boleh mengancam kelangsungan pengendali stesen minyak, terutamanya yang mengendalikan cawangan-cawangan bersaiz kecil dan sederhana.


Setel-Lite-AppReview-11.jpg


Khairul menjelaskan salah satu isu utama adalah Mekanisme Harga Automatik yang tidak lagi mencerminkan kos operasi semasa kerana tidak berubah sejak 2019, selain kadar diskaun peniaga yang turut menimbulkan kebimbangan.

Sumber: New Straits Times

Baca: RON95 Hanya Untuk Kita, Kerajaan Bakal Perketat Jualan RON95 Kepada Warga Asing

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3397

SELANGOR

BSU8406

JOHOR

JG9260J

PULAU PINANG

PSH2250

PERAK

APM7261

PAHANG

CFJ3407

KEDAH

KGJ7135

NEGERI SEMBILAN

NEM5079

KOTA KINABALU

SJV165

KUCHING

QAB9481P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-07-2026
Berita Auto

18-05-2026
Berita Auto

02-12-2025
Berita Auto

23-07-2025
Berita Auto

16-06-2025
Berita Auto

23-01-2025
Berita Auto
Berita Auto

27-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.