ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Memandangkan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru ke Singapura akan dilancarkan pada 1 Januari 2027 namun kadar tambangnya masih belum ditentukan kerana ia masih dalam kajian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui mekanisme harga masih belum ditentukan lagi ketika ini.

"Dari segi penetapan harga, RTS Operations Sdn Bhd (RTSO), yang juga syarikat usaha sama antara Malaysia dan Singapura bagi sistem RTS Link akan secara bersama-sama menentukan mekanisme kadar tambang yang sesuai.

"Sudah tentu, Malaysia dan Singapura juga berharap mekanisme harga yang ditetapkan nanti akan dapat menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan ini, selaras dengan matlamat utama projek ini untuk meningkatkan kecekapan dan memastikan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam merentasi Tambak Johor," katanya.

image.png

RTS Link adalah projek laluan kereta api ulang alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen iaitu satu di Bukit Chagar di Johor Bahru dan satu lagi di Woodlands North, Singapura.

Dijadualkan siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi awal 2027, RTS Link akan menghubungkan Bukit Chagar ke Woodlands North dengan masa perjalanan selama lima minit, dengan kekerapan setiap tren adalah 3.6 minit.

Setiap set tren membabitkan mengandungi empat gerabak sepanjang 76 meter, yang berlatar warna putih selain gabungan warna bendera Malaysia, Johor dan Singapura, dengan kapasiti puncak 10,000 penumpang sejam setiap hala.

Lebih istimewa, tren RTS Link bukan sahaja mesra OKU dan kerusi roda malah menggunakan sistem 'in-house hearing loop' sebagai kemudahan kepada pengguna yang menggunakan alat bantuan pendengaran menerima isyarat audio pengumuman lebih jelas dan inklusif.

MRT Corp dipertanggungjawab membangunkan bahagian Malaysia sepanjang 2.7 kilometer (km) bagi rangkaian rel dan struktur diperlukan yang mana operasi itu akan dijalankan secara bersama dengan Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corp Ltd dari Singapura.

Selepas siap nanti, RTS Link akan menjadi jambatan darat ketiga ke Singapura dan dijangka dapat mengurangkan lagi kesesakan teruk yang sentiasa dialami di Tambak Johor.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF3521

SELANGOR

BSR4621

JOHOR

J4385J

PULAU PINANG

PSD6232

PERAK

APJ6748

PAHANG

CFH1024

KEDAH

KGG9197

NEGERI SEMBILAN

NEK8530

KOTA KINABALU

SJS9327

KUCHING

QAB1665P

Terakhir Kemas Kini 09 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-06-2025
Berita Auto

23-02-2026
Berita Auto

30-06-2025
Berita Auto

23-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.

08-07-2026
Berita Auto

Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%

Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.

08-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000

Setahun Di Malaysia, Hyundai Manjakan Pelanggan Dengan Kempen 'Durian Runtuh Berganda-ganda'.

07-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Kes Pandu Melulu Naik 50%: Ini 3 Negeri Yang ‘Juara’ Carta Road Rage

Makin Ramai Pemandu ‘Gila’ Di Jalan Raya? JSPT Dedah Statistik Mengejutkan Enam Bulan Pertama!

07-07-2026
Berita Auto

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Tol Rawang & Federal Highway Dilanda Banjir

Kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.

06-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.