ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Zeekr, jenama kenderaan elektrik (EV) mewah di bawah kumpulan Geely secara rasmi menubuhkan  Syarikat Jualan Nasional (NSC),   Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd dimana ia akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.

image.png

Untuk itu, pengeluar automotif premium dari China itu akan memperluaskan rangkaian pengedarnya dengan membuka lapan lagi bilik pameran di lokasi seperti berikut: 

  • Bandar Sunway  – Dibuka Julai 2025
  • Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur – Dibuka Julai 2025
  • Bangsar, Kuala Lumpur - Suku Ketiga 2025
  • Skudai, Johor Bahru  – Suku Ketiga 2025
  • Penang – Suku Ketiga 2025
  • Seremban  – Suku Keempat 2025
  • Melaka  – Suku Keempat 2025
  • Ipoh  – Suku Keempat 2025

Buat masa ini, Zeekr mempunyai dua bilik pameran rasmi iaitu Zeekr Space di Petaling Jaya dan Zeekr Space di IOI Mall Puchong. 

Selain itu, Zeekr juga sedang mencari rakan perniagaan dan calon pengedar baharu di kawasan utama lain seperti Cheras, Kuantan, Tebrau (Johor Bahru), Kuching, dan Kota Kinabalu.

Selain memperluas operasi jualannya, Zeekr juga akan menubuhkan tiga Pusat Servis Zeekr baharu yang  terletak di Bandar Sunway (Selangor), Pulau Pinang, dan Johor Bahru dimana kesemuanya  dijadualkan memulakan operasi menjelang akhir tahun 2025.

image.pngimage.png

Sementara itu, Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara, Alex Bao berkata, Malaysia merupakan salah satu pasaran paling penting bagi Zeekr di Asia Tenggara.

"Untuk itu, kami memberi komitmen serta sumber  besar untuk membina kehadiran yang kukuh dan berpanjangan di sini,” kata Alex Bao, Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara.

“Penubuhan NSC ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Saya amat yakin ia akan membolehkan Zeekr berhubung dengan pelanggan kami dengan lebih baik — untuk mendengar suara mereka, memahami keperluan mereka, dan memberikan perkhidmatan yang lebih prihatin,” tambah Alex

Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

02-02-2026
Global

21-01-2026
Global

09-01-2026
Global

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Teknologi

25-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.