- Berita
- Berita Auto
- "12 Inisiatif Bakal Dilaksana Untuk Tangani Kemalangan Maut Babitkan Kenderaan Berat," - LOKE
"12 Inisiatif Bakal Dilaksana Untuk Tangani Kemalangan Maut Babitkan Kenderaan Berat," - LOKE
:
Kementerian Pengangkutan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan 12 inisiatif keselamatan jalan raya termasuk `High Speed Weigh In Motion' (HS-WIM), tidak lama lagi.
Langkah itu diambil bagi menangani isu kemalangan maut membabitkan kenderaan berat.
Menterinya Anthony Loke berkata, pihaknya juga sedang membangunkan Sistem Pangkalan Data Bagi Pemandu Kenderaan Berat dan melaksanakan operasi khas Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas kenderaan komersial.
Menurutnya, sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) juga akan dirombak dengan pemandu boleh menyemak mata demerit menerusi aplikasi MyJPJ yang sedang ditambah baik.
Malah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sedang merangka kursus pemulihan bagi pemandu yang lesen memandunya sudah digantung serta penggunaan peranti kamera badan bagi anggota JPJ di lapangan untuk meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penguatkuasaan.

"Kementerian juga akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap 'Speed Limiter Device' (SLD) ke atas kenderaan perdagangan secara berfasa, mulai 1 Oktober ini, selain sedang membangunkan Sistem Pangkalan Data bagi Pemandu Kenderaan Berat.
"Kementerian juga bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Lembaga Lebuhraya (LLM) bagi meningkatkan pencahayaan di titik panas kemalangan lebuh raya.
"Larangan kontena lebih muatan di pintu masuk pelabuhan Semenanjung juga dikuatkuasakan, mulai 1 Julai lalu, selain pemeriksaan PUSPAKOM sedang ditambah baik menerusi pembaharuan kriteria semakan dalam pengujian kecekapan brek, pemeriksaan tayar kenderaan, pemeriksaan visual kenderaan dan jenis muatan dibawa lori 'dumper' atau 'tipper'," katanya.
Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan membawa muatan berlebihan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Loke berkata JPJ juga akan menggantung lesen memandu vokasional secara serta-merta bagi pemandu terbabit kemalangan menyebabkan kematian dan kecederaan serius, sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.
25-02-2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge