2 Tahun Lagi, Kesesakan Di Cameron Highlands Bakal Selesai

Nampaknya dalam dua tahun lagi, masalah kesesakan jalan di Cameron Highlands, Pahang dijangka selesai sepenuhnya.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah kerajaan negeri kini dalam proses menaik taraf jalan di pusat bandar Tanah Rata itu yang sering berdepan masalah kesesakan yang teruk, terutama pada hujung minggu dan musim cuti.
Baginda bertitah, antara kerja naik taraf yang akan dilaksanakan termasuk melebarkan jalan, membina jalan alternatif dan mewujudkan sistem jalan sehala.
"Kita akan membuat jalan lencongan dan sistem jalan sehala. Selain itu, kita akan buat jalan lingkaran di Kea Farm.

"Insya-Allah, dalam masa dua tahun, masalah kesesakan jalan untuk naik ke Cameron Hinglands yang berlaku sekarang khasnya pada hujung minggu atau musim cuti akan diselesaikan," titah baginda pada majlis menerima menghadap barisan kepemimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) diketuai Presidennya, Sariha Mohd Ali yang juga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) di Shahzan House di sini, Kuala Lumpur.
Cameron Highlands sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana kedudukannya di tanah tinggi dengan cuaca yang nyaman dan pemandangan menarik.
Pada musim cuti atau hujung minggu, tempoh perjalanan bagi jarak yang hanya 10 kilometer (km) boleh mencecah sehingga lima jam yang menyebabkan ramai merungut kerana berdepan kesesakan luar biasa
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4755
SELANGOR
BSU5941
JOHOR
JG3508J
PULAU PINANG
PSG7407
PERAK
APM4708
PAHANG
CFJ2213
KEDAH
KGJ5724
NEGERI SEMBILAN
NEM3856
KOTA KINABALU
SJU6837
KUCHING
QAB8241P
Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge