- Berita
- Berita Auto
- Bahaya: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Masih Tak Daftar Dengan Persatuan Bas, Apa Sebabnya?
Bahaya: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Masih Tak Daftar Dengan Persatuan Bas, Apa Sebabnya?

Bayangkan, lebih 7,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara masih belum berdaftar dengan mana-mana persatuan pemandu bas sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan pelajar yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Perkara tu didedahkan Presiden Gabungan Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah Malaysia, Dr M Muruga. Beliau menyifatkan situasi itu sebagai 'bom jangka' kepada keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.
Keengganan sebahagian besar pengusaha mendaftar walaupun yuran keahlian hanya RM40 setahun, menurut beliau menyebabkan mereka terlepas pelbagai manfaat penting disediakan persatuan termasuk aspek keselamatan, penyelenggaraan dan perlindungan undang-undang.
"Kita menyediakan taklimat percuma sepanjang tahun, termasuk tentang keperluan insurans, cara mengendalikan kecemasan, penyelenggaraan brek, tayar dan aspek teknikal lain serta kemudahan nasihat teknikal dan perundangan kepada ahli.
"Mereka yang berdaftar juga dibimbing cara membeli insurans yang betul untuk murid dan kenderaan. Ada yang tidak tahu murid perlu dilindungi insurans khas, bukan insurans kenderaan sahaja,” katanya kepada Bernama.
Sebelum pandemik Covid-19, beliau berkata, hampir 18,000 pengusaha bas sekolah direkodkan di negara ini, namun selepas penguatkuasaan larangan terhadap bas berusia lebih 30 tahun, jumlah itu menurun kepada kira-kira 12,000, dengan hanya 60 peratus daripadanya berdaftar dengan persatuan.
Muruga berkata, statistik tidak rasmi menunjukkan lebih 85 peratus pengusaha kini terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal, terutama di negeri seperti Sabah dan Sarawak, dengan beliau juga masih melakukan pekerjaan itu sejak lebih 30 tahun lepas.
Selain itu, beliau berpandangan kaedah mendaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui iSPKP (Sistem Pelesenan Kendaraan Perdagangan) bagi mengusahakan bas sekolah perlu dilihat semula kerana kelulusan tidak mengambil kira pengalaman dan rekod lepas pemohon.

Pada Isnin, sebuah van sekolah membawa 22 murid melanggar belakang treler yang berhenti akibat kerosakan enjin di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat susur Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru menghala arah utara, menyebabkan empat kanak-kanak dan pemandu kenderaan itu cedera.
Muruga berkata, van seperti itu lazimnya hanya sesuai membawa 18 murid sekolah rendah atau 12 dewasa maksimum, menunjukkan berlaku kesalahan besar kerana melanggar kapasiti ditetapkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge