BYD Bikin Saspens, Siar Imej Model Baharu, Adakah Atto 2 Bakal Dilancar

BYD Cars Malaysia membuat saspens sekali lagi apabila mendedahkan imej teaser yang mana timbul spekulasi bahawa ia bakal memperkenalkan model elektrik terbaharunya, BYD Atto 2.
Biarpun nama model itu tidak disahkan secara rasmi, namun satu video pendek dimuat naik dengan mesej yang tertera perkara “Don’t worry, Be Capy =)” serta diiringi dengan kesan tapak kaki capybara di tepi skrin iklan teaser itu.
Capybara adalah haiwan yang lazimnya ditemui di Amerika Syarikat dimana BYD sedang giat mengembangkan kehadirannya, menerusi model Atto 2.

BYD Atto 2 sebenarnya berada di bawah kedudukan Atto 3 yang sudah pun didedahkan di Thailand dan Australia.
Di China, Atto 2 dipasarkan sebagai BYD Yuan Up. Ia berada dalam kategori SUV segmen-B, lebih kecil daripada Atto 3 tetapi lebih besar daripada hatchback Dolphin.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,310 mm (panjang) dengan jarak roda 2,620 mm, selebar 1,830 mm dan setinggi 1,675 mm. Menerusi ukuran ini, ia menawarkan ruang kabin yang cukup luas dan praktikal.
Dalam pada itu, tiga varian ditawarkan di China dan dikuasakan oleh dua konfigurasi motor dan bateri. Versi biasa dilengkapi dengan motor 70 kW (94 HP) dan tork 180 Nm. Ia disumbat dengan bateri Blade 32 kWh. Gabungan ini mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 301 kilometer mengikut piawaian CLTC.

Sementara itu, dua model spesifikasi lebih tinggi pula menggunakan motor lebih berkuasa 130 kW (174 HP) yang menghasilkan tork 290 NM, bersama bateri Blade 45.12 kWh yang mampu mencapai jarak 401 KM (CLTC).
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 7.9 saat.

Dari segi pengecasan, Atto 2 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 65 kW dan pengecasan AC 11 kW. Walaupun secara teknikal lebih perlahan berbanding varian Extended Range BYD Dolphin yang mampu mencapai 80 kW DC, namun Atto 2 masih boleh mengecas dari 10–80% hanya dalam sekitar 37 minit jika menggunakan pengecas pantas. Pengecasan penuh dengan wallbox 7 kW pula mengambil kira-kira 8 jam.
Dari segi reka bentuk, Atto 2 menggunakan gaya terkini BYD yang dikenali sebagai ‘Dragon Face’. Ini termasuk terdapat gril hadapan tertutup, lampu utama LED manakala ruang udara bawah pula agak menonjol. Penampilan keseluruhan menyerupai model-model seangkatannya, dengan gaya futuristik dan menarik untuk golongan muda.
Bahagian dalam Atto 2 pula varian lebih tinggi hadir dengan skrin infotainmen jenis boleh pusing yang bersaiz 12.8 inci, kluster instrumen digital 8.8 inci, sistem bunyi 8 pembesar suara, dan kamera pandang sekeliling. Keselesaan ditambah dengan tempat duduk kulit vegan yang boleh dilaraskan secara elektrik dan dipanaskan, serta bumbung suria panoramik yang luas.

Walaupun bersaiz kompak, ruang kaki di belakang sebenarnya sudah memadai untuk orang dewasa bersaiz biasa dan ia hadir dengan ruang but seluas 400 liter yang boleh dibesarkan 1,340 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.

Di China, Atto 2 dijual pada harga bermula 96,800 yuan (RM62,000) untuk varian asas dan harganya meningkat kepada RMB119,800 (RM77,000) untuk varian tertinggi.
Walaupun harga di Malaysia pasti akan lebih tinggi kerana dasar harga lantai RM100,000 untuk EV, ini masih menunjukkan bahawa BYD bersedia untuk memperkenalkan SUV elektrik yang lebih mampu milik di bawah Atto 3.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi BYD Malaysia dalam tempoh terdekat ini. Adakah Atto 2 bakal dilancarkan atau mungkin Atto 3 hadir dengan pilihan warna baharu?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN1298
SELANGOR
BSM7140
JOHOR
JYS560
PULAU PINANG
PRY9774
PERAK
APF4760
PAHANG
CFF4669
KEDAH
KGE4845
NEGERI SEMBILAN
NEJ6010
KOTA KINABALU
SJQ4406
KUCHING
QAB3097N
Terakhir Kemas Kini 27 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
BYD Malaysia Jual Lebih 25K Unit Kereta Kurang 3 Tahun Di Malaysia!
Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, bersama rakan kongsi tempatan, BYD Sime Motors, hari ini mengumumkan kejayaan cemerlang di pasaran Malaysia setelah berjaya mencatatkan angka jualan terkumpul lebih daripada 25,233 unit.
10-12-2025
BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit
BYD Cars Malaysia memperkenalkan versi eksklusif edisi terhad bagi model sedan elektrik terbarunya, BYD Seal 6, yang kini hadir dalam pilihan warna baharu, Ivory Gold.
30-10-2025
BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu
Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.
07-10-2025
BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000
Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6.
26-09-2025
BYD Sealion 7 Kini Boleh Ditempah – Pelancaran Rasmi Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Setelah ‘menggoda’ peminat EV melalui perkongsian teaser minggu lalu, BYD Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan untuk model SUV elektrik terbaru, BYD Sealion 7.
06-11-2024
BYD Bakal Lancar Jenama EV Mewah Terbaru, Denza Suku Pertama 2025
BYD dijangka melancarkan jenama kenderaan elektrik (EV) mewah terbaru, Denza, di pasaran Malaysia pada suku pertama tahun 2025.
06-09-2024
BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800
Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.
06-09-2024
Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800
Sime Darby Beyond Auto baru sahaja melancarkan varian asas terbaru dalam ‘keluarga’ BYD Seal, iaitu BYD Seal Dynamic. Ini spesifikasinya.
06-09-2024
Berita Terkini
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.
UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
25-02-2026
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu
Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.
20-02-2026
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur
Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
19-02-2026
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP
Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.
12-02-2026
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa
Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.
11-02-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat