DBKL Terima Aduan 1,000 Kereta Terbiar Dalam 5 Bulan

Percaya atau tidak, hanya dalam lima tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima sebanyak 1,009 aduan berkaitan kenderaan buruk atau terbiar yang ditinggalkan di kawasan awam sekitar ibu negara.
Bagaimanapun, sebanyak 992 aduan daripada aduan itu telah berjaya diselesaikan manakala 17 lagi masih dalam siasatan dan proses tindakan lanjut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata isu kenderaan terbiar merupakan antara aduan tertinggi yang diterima DBKL .
“Masalah ini bukan sahaja menjejaskan imej bandar, malah memberi kesan terhadap kebersihan, keselamatan dan keselesaan awam,” katanya di Dewan Rakyat semalam.
Aduan berkaitan kenderaan terbiar diterima dari semua 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur dengan Segambut mencatat jumlah tertinggi iaitu 163 aduan diikuti Seputeh (143), Setiawangsa (113) dan Bukit Bintang sebanyak 81 aduan.

Untuk menangani isu tersebut, Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah mewujudkan tiga depoh khas untuk menyimpan dan melupuskan kenderaan terbabit di Depoh Taman Connaught, Depoh Pantai Sentral dan Depoh Jalan Emas.
“Setakat ini, sebanyak 1,945 buah kenderaan telah ditempatkan di ketiga-tiga depoh tersebut. Depoh Taman Connaught sahaja menempatkan 1,504 kenderaan dan menjadi pusat utama pengurusan kenderaan buruk DBKL,” katanya.
Beliau berkata, 437 buah kenderaan telah dilupuskan di Depoh Jalan Emas pada 15 Jun lalu, manakala 382 kenderaan dilupuskan dari Depoh Pantai Sentral pada 4 Julai lalu.

Antara cabaran yang dihadapi DBKL ialah proses pewartaan bagi melupuskan kenderaan tidak dituntut yang perlu melalui pengesahan menyeluruh bagi menjaga hak pemilikan.
“Isu ini menjadi semakin mendesak kerana semakin banyak kenderaan ditinggalkan tanpa tuntutan sama ada kerana pemilik telah meninggal dunia tanpa waris, kenderaan tidak dituntut dari bengkel atau ditinggalkan atas alasan nilai sentimental,” katanya.

Bagi mempercepatkan penyelesaian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem e-Dereg iaitu kaedah membatalkan pendaftaran kenderaan secara dalam talian.
“Melalui e-Dereg, pemilik boleh menghantar kenderaan ke pusat pelupusan berdaftar (AATF) tanpa perlu hadir ke JPJ. Malah kos angkut dan pelupusan ditanggung, dan pemilik turut menerima saguhati berdasarkan keadaan kenderaan, yang juga boleh digunakan untuk membayar saman tertunggak,” jelasnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC1376
SELANGOR
BSQ7235
JOHOR
JYY4154
PULAU PINANG
PSC9235
PERAK
APJ1439
PAHANG
CFG7472
KEDAH
KGG4621
NEGERI SEMBILAN
NEK6231
KOTA KINABALU
SJS3596
KUCHING
QAB9708N
Terakhir Kemas Kini 16 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Banyaknya Kereta Terbiar Di KL, Kenapa Pemilik Tak Nak Jual?
Di Kuala Lumpur sahaja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun.
17-06-2025
Berita Terkini
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL
Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.
16-06-2026
Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari
Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.
15-06-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?
'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?
12-06-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat