ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Lanjut Waranti Bateri Sistem Hibrid Haval H6 HEV Kepada 10 Tahun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

GWM Malaysia mengorak setapak ke hadpaan apabila telah memilih untuk meningkatkan jaminan bateri sistem hibrid (HEV) kepada 10 tahun  bagi model terlarisnya, GWM Haval H6 HEV.

Bagi yang tidak tahu, GWM sebelum ini menawarkan jaminan bateri sistem hibridnya selama 8 tahun atau 1 juta kilometer untuk model Haval H6 HEV namun meningkatkan jaminan demi pelanggan setia mereka.

Apa yang menarik, waranti ini turut diberikan kepada pemilik sedia ada H6 HEV. Maka, tidak wujudlah isitilah ruginya terbeli awal!

image.png

Selain itu, GWM kini turut menawarkan promosi terhad untuk HAVAL H6 HEV termasuk penjimatan bernilai RM6,600. 

image.png

Mengimbas kembali, SUV segmen-C ini yang dipasang secara tempatan telah dilancarkan pada Oktober 2024, pada harga RM139,800. 

image.png

Sejak itu, ia menjadi antara model paling laku namun GWM tidak mendedahkan jumlah jualan sepenuhnya. Sebaliknya, berdasarkan data daripada data.gov.my menunjukkan bahawa jualan model Haval H6 HEV antara Januari hingga Mei tahun ini telah mencapai jumlah keseluruhan sebanyak 1,440 unit .

Bagaimanapun, angka ini belum termasuk jualan pada bulan lepas (Jun).

image.pngimage.pngimage.png

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah mengakui  ia bukan sekadar angka sebaliknya mengenai momentum.

"Hasil pertumbuhan ini menunjukkan rakyat Malaysia menerima visi kami untuk menghasilkan kereta  yang menggabungkan inovasi, nilai dan kesesuaian dengan kehidupan seharian mereka," katanya.

image.png

Dalam perkembangan sama,  GWM Malaysia turut mengesahkan bahawa mereka akan melebarkan rangkaian jualan mereka. dalam tempoh terdekat ini.

Sebagai makluman, sebanyak 18 cawangan telah dibuka sejak tahun lepas dan angka itu meningkat kepada 26 cawangan setakat pertengahan tahun ini.

Malah, GWM Malaysia turut menyasarkan untuk membuka 35 cawangan lagi menjelang akhir tahun nanti.

Untuk keterangan lanjut, layari gwm.com.my.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ6151

SELANGOR

BST8114

JOHOR

JE4681J

PULAU PINANG

PSF6548

PERAK

APL5631

PAHANG

CFH7695

KEDAH

KGJ1759

NEGERI SEMBILAN

NEL9174

KOTA KINABALU

SJU1845

KUCHING

QAB5848P

Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-05-2026
Berita Auto

02-04-2026
Berita Auto

11-02-2026
Kereta Baru

29-01-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

07-11-2025
Kereta Baru

06-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.