ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hanya Cuci Kereta Singapura, PBT Diarah Tarik Balik Lesen Pusat Cuci Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Percaya atau tidak, wujud sebilangan pusat mencuci kereta yang hanya mengambil kenderaan  bernombor pendaftaran Singapura sahaja untuk dicuci di sekitar Johor Bahru.

Susulan itu, pihak berkuasa menegaskan pusat mencuci kereta yang hanya membenarkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sahaja untuk menggunakan servis itu berdepan risiko penutupan operasi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membatalkan lesen perniagaan bagi mana-mana premis yang menganaktirikan pelanggan tempatan.

image.png

Menurutnya, peniaga tidak sepatutnya mengehadkan perkhidmatan mereka kepada warga Singapura sahaja yang sanggup membayar lebih terhadap perkhidmatan yang diberikan.

“Saya beri amaran kepada mana-mana peniaga yang membuat ketetapan seperti itu, jangan fikir nak untung sahaja, perlu ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

“Jika mereka berterusan dengan meletakkan syarat seperti ini, PBT tidak teragak-agak untuk ambil tindakan atau menarik lesen perniagaan mereka,” katanya.

Terdahulu, ada portal berita melaporkan seorang lelaki terkejut apabila pusat mencuci kenderaan di Johor Bahru mengutamakan kenderaan dari Singapura.

Premis yang dijaga pekerja asing itu menolak permintaan pelanggan untuk mencuci kenderaan di situ dan hanya menerima kenderaan Singapura sahaja.

Salah seorang warganet mendakwa perkara itu bukan isu baharu setelah pelanggan Singapura membuat pembayaran menggunakan Singapura Dollar (SGD) yang menguntungkan peniaga.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.