ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Top-of-the-line-Isuzu-D-Max-X-Terrain.jpg


Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Isuzu sebagai jenama pikap nombor dua di pasaran tempatan dengan pegangan pasaran sebanyak 16%.


Varian 1.9 Liter Dominasi Jualan


web_CariCarz_MA_LAUNCH_2024-Isuzu-D-Max_-4.jpg


Pencapaian angka yang memberangsangkan ini banyak disumbangkan oleh versi paling mampu milik, D-Max 1.9 liter. Menurut Isuzu Malaysia, varian ini kini menyumbang lebih daripada 85.8% keseluruhan jualan D-Max di Malaysia.


Varian yang menerima permintaan tertinggi ialah 1.9 liter 4x4 Auto Premium, yang menyumbang 18.6% daripada jumlah keseluruhan jualan D-Max. Varian ini dilancarkan pada Mei 2024 dengan harga RM134,649 untuk Semenanjung Malaysia. 


Pengalaman Pemilik D-Max Membuka Mata Ramai


Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, berkata kejayaan jualan tahun ini mengesahkan trend positif sejak tahun lalu, apabila lebih ramai penggemar jentera pikap dan pengguna kereta penumpang mula menghargai kelebihan memiliki dan memandu trak Isuzu D-Max.


Strategi Separuh Kedua Tahun 2025


Yamaguchi-and-Kudo.jpg


CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi  (kiri) meluahkan keyakinan beliau terhadap pencapaian tahun ini berdasarkan prestasi jualan model D-Max. 


Mengulas mengenai rancangan masa depan, Tomoyuki menambah bahawa fokus utama pada separuh kedua tahun ini adalah memperluaskan capaian produk ke luar rangkaian cawangan sedia ada, serta menyediakan pengalaman interaktif yang memberi penekanan kepada kelebihan utama produk mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan.


Okazoe-and-Sogo-with-D-Max-Low-Ride.jpg


D-Max 1.9 Liter Low Ride 4x2 


web_CariCarz_MA_LAUNCH_2024-Isuzu-D-Max_-2.jpgweb_CariCarz_MA_LAUNCH_2024-Isuzu-D-Max_-1.jpg


Sembilan varian ditawarkan untuk model D-Max, pilihan terbanyak dalam segmen trak pikap di pasaran tempatan. 


Isuzu Malaysia kini menawarkan pilihan paling banyak dalam segmen trak pikap dengan sembilan varian berbeza. Versi paling mampu milik ialah varian 1.9 liter Low Ride 4x2 yang diperkenalkan awal tahun ini pada harga permulaan RM92,199.20. Manakala varian tertinggi pula ialah 3.0 X-Terrain yang dijual pada harga bermula RM157,938. 


Jaminan Pembelian Menarik


Isuzu Malaysia menyediakan jaminan selama lima tahun atau 150,000 kilometer bagi semua varian D-Max. Namun, bagi varian 3.0 X-Terrain, pelanggan menikmati jaminan istimewa selama tujuh tahun tanpa had perbatuan.

web_CariCarz_MA_LAUNCH_2024-Isuzu-D-Max_-3.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-04-2026
Kereta Baru

02-04-2026
Berita Auto

02-02-2026
Berita Auto

24-11-2025
Berita Auto

29-08-2025
Berita Auto

29-07-2025
Berita Auto

29-04-2025
Berita Auto

21-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.