Jambatan Marang Dijangka Siap Mac 2027, Lepas Ini Tiada Lagi Kesesakan

Ada berita baik untuk penduduk Marang!
ini kerana jambatan Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer merentasi sungai Marang dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya menjelang Aidilfitri 2027.
Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanti Linggi berkata, projek merangkumi pembinaan jambatan sepanjang kira-kira 220 meter dan jejambat merentasi bandar Marang sepanjang 680 meter serta kerja menaiktaraf jalan sejauh 1.5 kilometer itu membabitkan peruntukan sebanyak RM339 juta dimulakan sejak Disember 2021.

Katanya, pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Marang menggunakan kaedah penyesuaian kaedah permodelan maklumat bangunan (BIM) termasuk kerja menaiktaraf jalan kepada empat lorong dua hala.
"Jambatan Marang apabila siap Mac 2027 mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya dengan empat lorong dan dua hala dengan lebih efisien, selamat serta selesa.

"Setakat ini, projek ini sudah mencapai kemajuan fizikal 54.70 dan kemajuan kewangan sudah dibayar kepada kontraktor adalah kira-kira RM172 juta," katanya kepada media.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, pembinaan jambatan baharu itu juga direka bentuk bagi membolehkan kapal nelayan zon C menyusuri sungai dan tidak tersekat ketinggian jambatan yang sedia ada berusia lebih 55 tahun.
Dikhabarkan, jambatan Sungai Marang apabila siap nanti mampu menyuraikan masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu kemuncak dan musim cuti perayaan.
"Laluan itu juga apabila beroperasi mampu menjimatkan masa perjalanan dan merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat terutamanya membabitkan sektor nelayan serta logistik maritim," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2162
SELANGOR
BSU2927
JOHOR
JF4049J
PULAU PINANG
PSG2327
PERAK
APM264
PAHANG
CFH9528
KEDAH
KGJ3877
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4604
KUCHING
QAB7285P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge