ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kilang Nissan Berisiko Ditutup, Foxconn Muncul Sebagai Penyelamat?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan-Almera-Ext-22.jpgFoxconn-Logo.jpeg


Perbincangan antara Nissan dan gergasi teknologi Taiwan, Foxconn, kini kian rancak, terutamanya mengenai kemungkinan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di salah satu kilang pengeluaran kenderaan Nissan di Jepun. 


Menurut laporan Nikkei Asia, perbincangan terkini ini banyak memberi tumpuan kepada kilang Oppama di Yokosuka, yang berkemungkinan akan ditutup sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan besar-besaran oleh CEO baharu Nissan, Ivan Espinosa.


Kerjasama ini berpotensi menyelamatkan kilang Oppama dengan kemungkinan penyerahan operasi kepada Foxconn atau pembentukan usaha sama baharu antara pengeluar kereta yang berpusat di Yokohama dan syarikat teknologi tersebut.


Baca: Espinosa Kini CEO Baharu Nissan


Pelbagai Pilihan Rakan Kongsi untuk Nissan


Sumber dalaman yang ditemubual oleh Nikkei Asia juga mendedahkan bahawa Foxconn bukan satu-satunya pihak yang sedang berunding dengan Nissan. Pengeluar automotif itu dikatakan sedang berbincang dengan beberapa rakan kongsi berpotensi lain sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan mereka. Namun, setakat ini Nissan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau penafian mengenai perkembangan ini.


Baca: Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih


Kilang Oppama Di Bawah ‘Tekanan’ Penstrukturan


Nissan-Oppama-Plant-(1).jpgNissan-Oppama-Plant-(2).jpg


Kilang Oppama yang mula beroperasi sejak tahun 1961 kini menempatkan kira-kira 3,900 pekerja yang bertanggungjawab menghasilkan model-model Nissan seperti EV Leaf dan Note e-Power. Kilang yang berkeluasan 1.669 juta meter persegi ini turut menempatkan pusat penyelidikan serta litar ujian berkepanjangan 4 km yang digunakan untuk menguji pelbagai model Nissan.


Nissan-Oppama-Plant-(3).jpgweb_Nissan_Espinosa.jpg


Namun, kilang ini kini berisiko ditutup selepas Espinosa mengumumkan pelan penstrukturan radikal yang termasuk penutupan tujuh daripada 17 kilang Nissan di seluruh dunia dan pengurangan tenaga kerja sebanyak 15%.


Hubungan Nissan & Foxconn Bukan Suatu Yang Baharu


Foxconn-Foxtron-ModelB-5.jpgFoxconn-Foxtron-ModelB-4.jpg


EV Foxtron Model B oleh Foxconn


Ini bukan kali pertama Nissan dikaitkan dengan Foxconn, sebelum ini, Foxconn pernah dikhabarkan akan muncul sebagai rakan kongsi selepas rundingan penggabungan dengan Honda gagal. Selain Nissan, Foxconn juga dilaporkan sedang berunding dengan Mitsubishi untuk membangunkan rangkaian EV baharu bagi syarikat Jepun tersebut. 


Baca: Nissan Pertimbang Foxconn Selepas Tolak Tawaran Honda


Baca: Foxconn Bakal Hasilkan EV Dengan Mitsubishi?


Pelan Eksport Model Nissan dari China


Nissan-N7-EV.jpg


Sedan elektrik N7 hasil kerjasama Nissan-Dongfeng


Dalam perkembangan lain, Nissan merancang untuk mengeksport beberapa model yang dibangunkan dan dihasilkan di China ke pasaran luar negara, termasuk Asia Tenggara. Antara model yang hanya dipasarkan di China dan dijangka akan dipasarkan secara global ialah sedan EV N7 serta beberapa model lain yang dibina atas platform tenaga baharu yang dibangunkan bersama dengan syarikat China, Dongfeng.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU8932

SELANGOR

BSU5431

JOHOR

JG2104J

PULAU PINANG

PSG6473

PERAK

APM4230

PAHANG

CFJ1906

KEDAH

KGJ5452

NEGERI SEMBILAN

NEM3609

KOTA KINABALU

SJU6463

KUCHING

QAB8024P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Global

27-08-2025
EV

08-07-2025
EV

18-06-2025
Berita Auto

04-06-2025

Berita Terkini

Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.