- Berita
- Berita Auto
- Proton Mahu Eksport 6,000 Kereta Tahun Ini, Sebab Proton e.MAS 7 Laku Keras, Nombor 3 Dalam Jualan Eksport
Proton Mahu Eksport 6,000 Kereta Tahun Ini, Sebab Proton e.MAS 7 Laku Keras, Nombor 3 Dalam Jualan Eksport

PROTON Holdings Berhad (PROTON) menubuhkan syarikat eksport, Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB), kerana menyasarkan eksport 6,000 unit kenderaan pada tahun ini
Untuk itu, Proton berhasrat untuk menggandakan angka tersebut tahun depan dan melebihi 10 kali ganda jumlah itu menjelang 2030.
Buat masa ini, Proton mengeksport ke 19 negara termasuk Brunei, Fiji, Papua New Guinea, Trinidad & Tobago, Singapura, Bermuda, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Mauritius, Sri Lanka, Mesir, Iraq, Ghana, Angola, Kenya, Afrika Selatan, Mozambique dan Zimbabwe.
Ketua Pegawai Eksekutif PICSB, Edmund Lim Meng Thong, berkata pihaknya menetapkan sasaran eksport yang tinggi untuk beberapa tahun akan datang serta menambah tenaga kerja dalam pasukan jualan dan pemasaran serantau.

"Kami teruja dengan perkembangan di Automotive High Tech Valley (AHTV) yang akan meningkatkan keupayaan pengeluaran untuk memenuhi permintaan antarabangsa yang kian meningkat," katanya.
Sejak 1986, PROTON telah memulakan eksport ke Bangladesh dan pada 1992 menjadi francais kereta baharu paling pesat berkembang di United Kingdom dengan jualan tahunan mencecah 15,000 unit. Menjelang awal 2000-an, model Proton berada di 64 negara seluruh dunia.
PROTON secara strategik mengalihkan tumpuan kepada pasaran serantau berpertumbuhan tinggi seperti ASEAN, China, India, Timur Tengah, dan Afrika Utara.
Untuk makluman, PROTON telah mengeksport 20,169 unit kenderaan ke 19 buah negara sejak 2020, menjadikannya pengeksport kenderaan terkemuka dari Malaysia.

Tiga model PROTON yang paling tinggi unit eksport sejak 2020 adalah Proton Saga dengan 10,998 unit, Proton X50 dengan 3,986 unit, dan Proton X70 dengan 3,316 unit.
Bagaimanapun, Proton e.MAS 7 telah mendapat sambutan hangat, melonjak ke tempat ketiga dalam jualan eksport tahun ini.

Sejak eksport bermula ke Nepal dan Trinidad & Tobago, sebanyak 233 unit telah dihantar dan pada Disember 2024, model ini telah mengekalkan jualan kukuh dengan 916 unit terjual pada Mei untuk pasaran domestik dan antarabangsa, menjadikan jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) sebanyak 3,632 unit.
Sehubungan itu, Proton kekal komited untuk meluaskan kehadiran globalnya dengan memperkenalkan model dan teknologi baharu ke pasaran antarabangsa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat