ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Saga Rai Ulang Tahun Ke-40, Lebih 2 Juta Unit Sudah Terjual Sejak Diperkenal 1985

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton Saga meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 tahun semalam dan sepanjang 40 tahun itu, lebih 2 juta unit Proton Saga sudah terjual di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan pada 9 Julai 1985.

Harganya yang mampu milik  terus menarik perhatian golongan siswazah baharu dan pembeli kereta kali pertama,seklai gus  membuktikan kedudukannya yang masih relevan dalam pasaran hingga ke hari ini. 

Untuk itu, Proton Saga  diiktiraf sebagai ikon nasional serta model PROTON paling laris dengan lebih dua juta unit di jual di seluruh dunia.


image.pngimage.png

Eksekutif Program Kenderaan PROTON, Desmond John Pinto mengakui dengan dengan sokongan rakyat Malaysia selama empat dekad, Proton Saga bukan sekadar sebuah model ikonik, tetapi lambang mobiliti dan kemajuan negara. 

"Ketika kami menyambut ulang tahun ke-40, Saga terus memainkan peranan penting sebagai kereta pertama pilihan ramai. Dengan pelancaran model baharu yang bakal tiba, kami yakin Saga akan terus relevan dan menjadi pilihan generasi seterusnya,” katanya.

image.png

Sepanjang empat dekad, Proton Saga telah melalui pelbagai perubahan bagi memenuhi cita rasa dan keperluan semasa para pengguna. Namun, ia tetap mengekalkan ciri-ciri utama yang menjadi kekuatannya iaitu praktikal, mampu milik serta keupayaan pengendalian yang terbaik dalam kelasnya. 

image.pngimage.png

Kualiti Proton Saga juga telah dipertingkatkan dengan ketara, berdasarkan penurunan skor dalam Global Consumer Product Audit (GCPA) daripada 2,580 mata pada Ogos 2024 kepada hanya 1,050 mata pada Mei 2025.

image.png

Sebagai sedan segmen-A, Proton Saga memenuhi pelbagai keperluan pembeli muda yang mementingkan prestasi yang baik, pemanduan lancar, kos penyelenggaraan yang rendah, kecekapan penggunaan bahan api, serta ruang dalaman yang luas. 

Antara ciri yang turut menarik perhatian golongan muda adalah sistem infotainmen dengan skrin terapung bersaiz 7 inci dan penyambungan Bluetooth.'


Secara ringkasnya, pembeli memilih Proton Saga berbanding model pesaing kerana harga yang berpatutan, reka bentuk menarik, pengendalian yang stabil serta kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

PERTANDINGAN PANDU UJI SAGA!

Bagi meraikan legasi berterusan model ini serta mengukuhkan hubungan dengan para pelanggan setia, PROTON telah melancarkan pertandingan pandu uji “Saga, Ikon Malaysia Sejati”. Pertandingan ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menilai sendiri keistimewaan model ikonik ini.

Berlangsung dari 3 Mei hingga 31 Julai 2025, peserta hanya perlu mengunjungi mana-mana cawangan PROTON di Lembah Klang, pandu uji Proton Saga dan memuat naik foto atau video pengalaman mereka ke platform media sosial.

Untuk melayakkan diri, semua hantaran mesti menggunakan tanda tandapagar SAGATrueMalaysianICON dan profil perlu dikekalkan dalam tetapan umum.Pemenang akan dipilih menerusi cabutan secara langsung di saluran media sosial rasmi PROTON pada bulan berikutnya.

Hadiah utama berupa pengalaman eksklusif menaiki Proton Saga bersama duta kempen, termasuk personaliti terkenal seperti Irfan Haris, Jayden Chong dan Mimiflyy.

image.png

Kempen ini bukan sahaja memberikan pengalaman istimewa kepada peserta bersama Proton Saga, malah turut membuka peluang untuk menyertai kempen pandu uji PROTON yang lain, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

Malah, Proton turut melancarkan model Hot Wheels Proton Saga edisi terhad sempena ulang tahun ke-40 Proton Saga.

image.png

MODEL HOT WHEELS EDISI TERHAD!

Sempena ulang tahun ke-40 Proton Saga, model putih ini kini hadir dalam edisi terhad dengan ilustrasi khas oleh Saw Jane Harn iaitu pemenang pertandingan Hot Wheels x Proton Kids Design Competition 2023.

Model ini mula dijual di kedai terpilih mulai 7 Julai dan turut boleh didapati di semua pusat jualan PROTON di seluruh

negara melalui promosi khas untuk pelanggan PROTON.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU8932

SELANGOR

BSU5431

JOHOR

JG2104J

PULAU PINANG

PSG6473

PERAK

APM4230

PAHANG

CFJ1906

KEDAH

KGJ5452

NEGERI SEMBILAN

NEM3609

KOTA KINABALU

SJU6463

KUCHING

QAB8024P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan

Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.

05-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun

Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.

22-10-2026
Berita Auto

Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Kematian Kemalangan 2025: Motosikal Catat 66% Kes.

21-10-2026
Berita Auto

SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?

21-10-2026
Berita Auto

Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.

21-10-2026
Berita Auto

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.

21-10-2026
Berita Auto

SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

Kaji semula SARA dan BUDI95 Untuk Orang Kaya.

20-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.