- Berita
- Berita Auto
- REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara
REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

Pada 26 dan 27 Julai lalu, Nissan telah membawakan acara kecergasan, REDLINE Fitness Games edisi ketiga di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Acara kali ini menerima sambutan luar biasa melepasi angka yang dicatatkan pada tahun 2023 dan 2024 dengan penyertaan lebih 10,000 peserta dan penonton dari dalam dan luar negara.
Edisi tahun ini menampilkan 12 cabaran yang menguji kekuatan, kelincahan dan ketahanan mental seperti larian 500 meter, SkiErg, BikeErg, RowErg, Deadball Burpees, Sled Push and Pull, The Mule, Russian Twists, Squat Thrusts, Shuttle Runs dan Sandbag Gauntlet.


Acara anjuran Fresh Events Asia dan tajaan NISSAN ini menjadi platform kepada orang ramai dengan gaya hidup aktif atau ingin memulakan gaya hidup cergas bagi menguji kemampuan masing-masing.
Pelbagai kategori persaingan disediakan termasuk individu (Singles), pasangan (Doubles) dan kategori beregu berpasukan (Team Relay) untuk lelaki, wanita dan kategori campuran.

Membuktikan acara ini bukan hanya untuk golongan atlet, tiga tahap kesukaran disediakan iaitu Pemula (Level 1), Sederhana (Level 2) dan Lanjutan (Level 3), membolehkan lebih ramai orang menyertai acara ini tanpa mengira latar belakang.
Pengurus Besar Fresh Events Asia, Jeff Ross berkata, “Setiap tahun, acara ini menjadi bukti ketabahan dan semangat kekitaan yang terbina. REDLINE bukan sekadar acara kecergasan; ia merupakan ruang di mana sesiapa sahaja, sama ada atlet berpengalaman atau baru pertama kali, berasa dialu-alukan dan terlibat dalam acara kecergasan berskala besar.”
Istilah ‘REDLINE’ merujuk kepada tahap maksimum prestasi enjin kereta, atau dalam konteks ini, tubuh manusia. Peserta didorong untuk mengenali dan mencabar had maksimum diri, menguji ketahanan fizikal dan mental.
Sokongan Penuh Oleh Nissan

Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Khoo Cheng Pah, menyatakan bahawa keterlibatan Nissan adalah komitmen terhadap nilai kekuatan, ketahanan dan keberanian, nilai teras yang dikongsi oleh kedua-dua acara REDLINE dan produk Nissan.
“Kami bangga menjadi sebahagian daripada REDLINE Fitness Games buat kesekian kalinya. REDLINE adalah tentang menguji dan mencapai tahap tertinggi kemampuan diri. Semangat untuk mencapai prestasi optimum ini menggambarkan apa yang kami di Nissan tekankan dalam setiap aspek kerja dan produk kami. Ia adalah tentang evolusi berterusan ke arah yang lebih baik,” ujarnya.
REDLINE Fitness Games edisi ketiga yang berlangsung di Malaysia hujung minggu lalu merupakan acara pembuka tirai sebelum acara seterusnya yang akan berlangsung di Bangkok pada Disember 2025 dan seterusnya di Vietnam pada awal tahun 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara, layari www.redlinefitnessgames.com.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu
Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.
17-09-2026
BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?
Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.
17-09-2026
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat