Berita Baik Untuk RXZ Members 7.0, Polis Janji Tak Pukat!

Ada berita baik untuk RXZ Members 7.0!
Ini kerana polisTerengganu memberi jaminan peminat motosikal Yamaha RXZ boleh menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 selama dua hari bermula Jumaat ini dengan tenang tanpa perlu risau ‘dipukat’ pihak berkuasa.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, pihaknya tidak akan memilih pendekatan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang penganjuran program yang dijangka disertai lebih 100,000 peminat motosikal Yamaha RXZ seluruh negara.
Sebaliknya, beliau berkata, penguat kuasa undang-undang, kawalan ketenteraman awam dan kelancaran trafik akan dilaksanakan menerusi rondaan anggota polis bertugas.

“Seramai 600 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang penganjuran Himpunan RXZ Members 7.0.
“Kawalan akan dilakukan di lokasi penganjuran iaitu Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini dan lokasi tumpuan peserta seperti tempat penginapan mereka di sekitar bandar raya ini dan daerah sekitar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu.
Bagaimanapun, para peserta RXZ Members 7.0 agar mematuhi undang-undang termasuk memiliki lesen memandu sah dan tidak mengubahsuai motosikal tanpa spesifikasi dibenarkan.
Beliau berkata, peserta himpunan itu juga diingatkan agar tidak membuat bising di tempat awam dan membawa barangan terlarang seperti dadah.
“Sebarang pelanggaran undang-undang (oleh peserta RXZ Members) akan diambil tindakan tegas oleh pegawai dan anggota polis yang melakukan rondaan,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE5951
SELANGOR
BSL1295
JOHOR
JYN3565
PULAU PINANG
PRW7831
PERAK
APD5203
PAHANG
CFE5129
KEDAH
KGD5195
NEGERI SEMBILAN
NEH9770
KOTA KINABALU
SJP4014
KUCHING
QAB7909M
Terakhir Kemas Kini 23 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Himpunan RXZ Members 7.0: 5 Maut Akibat Kemalangan
JSPT Bukit Aman mengesahkan lima kematian direkodkan akibat kemalangan ekoran himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu, pada Sabtu lalu.
26-08-2025
Himpunan RXZ Members 7.0: PDRM Tawar Diskaun Saman Sampai 50%
Orang ramai yang memiliki saman boleh membuat bayaran di kaunter bergerak yang ditempatkan di lokasi program bermula 9 pagi hingga 4 petang.
22-08-2025
Berita Terkini
Institut Memandu Tidak Bergantung Dengan Kereta Manual Proton, Perodua
Kementerian Pengangkutan menyifatkan pelaksanaan latihan dan ujian memandu di insitusi memandu tidak terikat kepada penggunaan kereta manual keluaran tempatan sahaja.
22-12-2025
Perodua Pertimbang Beli Kilang RM500 Juta Tan Chong Motor Di Rawang
Perodua sedang mempertimbangkan tawaran bernilai RM500 juta untuk membeli kilang pemasangan kenderaan Tan Chong Motor Holdings di Rawang.
22-12-2025
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000
Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.
22-12-2025
2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati
Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.
22-12-2025
BUDI95: Kerajaan Jimat RM800 Juta Hasil Pelaksanaan Budi95
Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing.
21-12-2025
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat
MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.
20-12-2025
Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP
Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.
19-12-2025
Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis
Video tular, pemandu Vellfire sudah ditahan polis.
19-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat