JKR Sasar Pasang Lampu Solar Di 1,000 Lokasi 'Hitam' Kemalangan

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di majlis pelancaran perkhidmatan feri Sri Tanjong 1 di Jeti Feri JKR Pengkalan Kubor
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan bahawa lebih daripada 1,000 lokasi dengan risiko kemalangan yang tinggi telah dikenal pasti di seluruh negara.
Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini menjalankan pemeriksaan terperinci ke atas jalan persekutuan dengan tumpuan terhadap kawasan yang mempunyai selekoh tajam, kerosakan struktur jalan serta pencahayaan yang kurang memuaskan.
![]()
Menurut beliau, lebih 1,000 kawasan ‘hitam’ kemalangan di seluruh negara dikesan dengan pelbagai masalah seperti selekoh berbahaya dan penglihatan yang terhad. Bagi mengurangkan risiko ini, lebih 300 lampu jalan berkuasa solar telah dipasang di sepanjang laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB).
Nanta menambah, kementerian telah membuat permohonan peruntukan tambahan bagi mempercepatkan proses pemasangan lampu jalan berkuasa solar di lokasi-lokasi berisiko lain untuk meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya.
Baca: 15 Pelajar UPSI Terkorban: Laluan JRTB Sudah Dipasang Lampu Solar!
Pelancaran Feri Sri Tanjong 1 Di Pengkalan Kubor
Beliau berkata demikian selepas melancarkan perkhidmatan feri Sri Tanjong 1 di Jeti Feri JKR Pengkalan Kubor. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Gabenor Narathiwat, Amirut Bua-On, dan Pengarah JKR Kelantan, Nik Soh Yaacoub.
Nanta menjelaskan bahawa perkhidmatan feri baharu antara Pengkalan Kubor, Kelantan dan Takbai di Selatan Thailand bukan sekadar pengangkutan biasa. Ia berperanan untuk menghubungkan komuniti sempadan, memudahkan aktiviti perdagangan serta memperkukuh hubungan budaya antara kedua-dua negara.
Dibina dengan kos RM7.9 juta, feri Sri Tanjong 1 siap dibina pada 28 Februari lalu dan diserahkan kepada JKR pada 11 Mac. Feri ini mampu membawa 58 penumpang, enam kru, lapan kenderaan ringan atau sebuah bas dengan kapasiti 44 orang penumpang.
Sumber: Bernama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4755
SELANGOR
BSU5941
JOHOR
JG3508J
PULAU PINANG
PSG7407
PERAK
APM4708
PAHANG
CFJ2213
KEDAH
KGJ5724
NEGERI SEMBILAN
NEM3856
KOTA KINABALU
SJU6837
KUCHING
QAB8241P
Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge