Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.
Kapal ini membawa bersama kenderaan BYD yang siap dipasang untuk dihantar kepada pengguna di Malaysia dalam usaha mengukuhkan rantaian bekalan global.
-full_normal.jpg)
Kapal roll-on/roll-off (RORO) milik BYD yang berkapasiti 7,000 unit telah memulakan pelayaran sulungnya ke Asia Tenggara dengan penghantaran dijadualkan ke Filipina, Indonesia dan Singapura.


Kapal tersebut yang tiba semalam, telah pun meneruskan hentian terakhir iaitu di Thailand dan kembali semula ke China.
BYD Zhengzhou merupakan kapal ketujuh dalam armada kapal pengangkut khas milik BYD, sekali gus membuktikan keupayaan rantaian bekalan dan logistik syarikat yang kukuh dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik (EV).

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Motors bagi Asia Tenggar, Jeffrey Gan berkata, ini merupakan satu pencapaian penting dalam Kerjasama pihaknya bersama BYD.
"Ia melambangkan keyakinan serta potensi pertumbuhan Malaysia sebagai hab EV yang penting. Dengan pengukuhan rantaian bekalan serantau melalui kapal pengangkut BYD, kami kini dapat menjamin masa penghantaran yang lebih singkat, sekali gus mempertingkatkan keupayaan kami untuk memberikan kepuasan pelanggan yang lebih baik. Ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.”
Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd Eagle Zhao berkata, kapal pengangkut ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi global BYD dan mengukuhkan lagi hubungan pihaknya dengan Malaysia.
"Dibina untuk meningkatkan keupayaan penghantaran, BYD Zhengzhou membolehkan penghantaran yang lebih pantas dan boleh dipercayai terus kepada pelanggan kami di sini,” katanya.

Hasil daripada sistem logistik yang lebih efisien, BYD Malaysia dan Sime Motors terus memperkukuhkan kerjasama mereka sambil merealisasikan matlamat bersama untuk menyediakan EV kepada rakyat Malaysia dengan lebih pantas dan boleh dipercayai.
Inisiatif ini disokong oleh lebih 35 pusat jualan BYD di seluruh negara, dengan sasaran untuk mencapai 60 pusat jualan BYD menjelang akhir tahun 2026.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3852
SELANGOR
BST1750
JOHOR
JC9584J
PULAU PINANG
PSE9781
PERAK
APK8973
PAHANG
CFH5273
KEDAH
KGH6908
NEGERI SEMBILAN
NEL5471
KOTA KINABALU
SJT6583
KUCHING
QAB4430P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat