ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kilang Proton Di Tanjung Malim Siap 90.4 Peratus Sepantas 6 Bulan, CKD EV Mula September?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-EV-Plant-3.jpg

Kilang pengeluaran EV Proton kini siap lebih 90%


Nampaknya, tidak lama lagi Proton akan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) di bawahnya secara pemasangan tempatan (CKD) kerana kilang baharunya yang terletak di Tanjung Malim, Perak, telah mencapai persiapan sebanyak 90.4% hanya dalam tempoh enam bulan selepas majlis pecah tanah. Kilang ini dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya pada September tahun ini.


Kilang Yang Fleksibel 


Dengan reka bentuk modular dan skala yang boleh diubah dengan mudah, kilang EV ini ‘dilahirkan’ bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan dan perkembangan pengeluaran di masa hadapan. Buat masa ini, kapasiti awal pengeluarannya adalah sebanyak 20,000 unit setahun, yang boleh ditingkatkan sehingga 45,000 unit bergantung kepada permintaan pasaran domestik dan luar negara.


Proton-EV-Plant-2.jpg


Di kilang ini, beberapa stesen boleh ditambah pada bahagian-bahagian penting dalam setiap barisan pengeluaran. Barisan ujian bersifat modular dan mampu menampung pelbagai variasi platform atau pengeluaran pelbagai model. 


Infrastruktur seperti sistem utiliti, laluan pengendalian bahan, serta alat pengesanan digital misalnya sistem pelaksanaan pengilangan (MES) dan sistem penguruan gudang (WMS) telah disediakan untuk memudahkan peningkatan pengeluaran tanpa perlu membuat perubahan ketara reka bentuk pada masa akan datang. 


Latihan & Peluang Pekerjaan 


The-production-line-features-a-high-degree-of-automation-in-its-operations.jpg


Sebagai persiapan untuk pengeluaran, Proton telah menambah 30 pekerja bukan eksekutif yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan diploma dalam bidang berkaitan. Sasaran utama adalah untuk melatih sepenuhnya tenaga kerja ini sebelum operasi besar-besaran dimulakan. Selain itu, lebih 200 peluang pekerjaan dijangka akan ditawarkan dalam bidang industrialisasi EV dan perkhidmatan teknikal, sekaligus mendatangkan manfaat kepada komuniti tempatan.


Baca: Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas


Kerjasama Strategik Dengan Institusi Pendidikan & Geely


Proton juga bekerjasama dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) untuk menyelaraskan kurikulum teknikal dan menjalankan latihan praktikal. Sementara itu, rakan kerjasama Proton, Geely dari China, telah membantu dalam pemilihan peralatan, sistem pengeluaran dan menyediakan latihan luar negara bagi memastikan kilang memenuhi piawaian pengeluaran EV bertaraf global.


Model Global Modular Architecture (GMA) 


Caricarz-MBA-Proton-eMAS7-Premium-Ext-8.jpgweb_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-18.jpg


Proton e.MAS 7 (kiri) & Proton e.MAS 5 (kanan)


Sebaik operasi dimulakan, kilang ini akan menghasilkan beberapa model berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA), bermula dengan Proton e.MAS 7 diikuti oleh model Proton e.MAS 5 yang kini sedang ‘menjelajah’ ke seluruh negara.

Baca: Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?

Baca: Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-04-2025
Berita Auto

13-06-2024
EV

31-05-2024
Global

08-05-2024
EV

01-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.