- Berita
- Berita Auto
- KKR Jamin Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) Dari Ketereh-Kok Lanas Siap Tahun Depan
KKR Jamin Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) Dari Ketereh-Kok Lanas Siap Tahun Depan

Kementerian Kerja Raya memberi jaminan bahawa projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) bagi jajaran Pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas akan siap selewat-lewatnya Ogos 2026.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja telah dimulakan semula pada Februari lepas dan kini mencapai kemajuan 6.1 peratus, mendahului jadual yang ditetapkan iaitu 5.1 peratus.
Pakej itu melibatkan pembinaan jalan berkembar empat lorong sepanjang 6.2 kilometer (km) dengan mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R5 dan kos kontrak semasa iaitu RM73.7 juta kini digerakkan kontraktor Daie Engineering Sdn Bhd bagi menyiapkan baki kerja-kerja tertangguh.
"Saya sedar bahawa pelaksanaan projek ini berdepan beberapa cabaran, termasuk proses pengambilan balik tanah, penyelarasan utiliti, kekurangan tenaga kerja, cuaca tidak menentu, dan kenaikan harga bahan binaan.
"Namun, saya memberi jaminan bahawa Kementerian Kerja Raya bersama Jabatan Kerja Raya akan memantau rapat dan menguruskan cabaran ini dengan sebaik mungkin supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual. Projek ini disasarkan siap pada Ogos 2026," katanya di halaman Facebooknya.


Sebagai sebahagian daripada pembinaan keseluruhan Lebuhraya KBKK sepanjang 70.4 km, Pakej 2B juga akan menjadi penghubung penting dengan mengurangkan kesesakan di Jalan Persekutuan 8 khususnya pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Selain itu, ia akan menjimatkan masa perjalanan daripada tujuh jam kepada empat jam setengah, mengurangkan jarak perjalanan sejauh 24 km dan meningkatkan keselamatan jalan raya serta membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat.


Apabila lebuh raya itu siap, ia akan menjadi sebahagian daripada rangkaian Lingkaran Tengah Utama yang memperkukuh hubungan Pantai Timur dengan Lembah Klang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR
Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.
09-12-2025
SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan
Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.
08-12-2025
Berita Terkini
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge