- Berita
- Berita Auto
- Lebih 2,300 Hidupan Liar Mati Dilanggar, Paling Banyak Hidupan Liar Mati Di Laluan JRTB
Lebih 2,300 Hidupan Liar Mati Dilanggar, Paling Banyak Hidupan Liar Mati Di Laluan JRTB

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) mendedahkan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan dikenal pasti sebagai satu daripada jalan raya yang paling banyak mencatatkan insiden haiwan mati dilanggar kenderaan atau road kill.
Setakat ini, lebih 2,300 kes hidupan liar mati dilanggar direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024.
NRES berkata, pihaknya melalui PERHILITAN dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia memandang serius peningkatan drastik insiden roadkill yang membabitkan hidupan liar di negara ini.
"Rekod PERHILITAN menunjukkan lebih 2,300 insiden roadkill berlaku dari 2020 hingga 2024.

"Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan dikenal pasti sebagai satu daripada jalan raya yang mencatatkan insiden roadkill tertinggi," katanya.
Susulan itu, satu Sesi Meja Bulat Peringkat Tertinggi mengenai tindakan segera penyediaan infrastruktur jalan raya yang lebih selamat untuk manusia dan hidupan liar di JRTB diadakan pada 17 Julai lalu.
Menerusi sesi itu, beberapa langkah jangka pendek dikenal pasti, termasuk mengukuhkan perundangan, pemasangan papan tanda mesra alam, meningkatkan kesedaran pemandu, dan menggalakkan amalan pemanduan berhemah.
"Penyelesaian jangka pertengahan dan jangka panjang pula termasuk termasuk pengayaan habitat, meningkatkan ketersambungan hutan dan memelihara lintasan hidupan liar sedia ada," menurut kenyataan itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6097
SELANGOR
BSS9221
JOHOR
JC6216J
PULAU PINANG
PSE8104
PERAK
APK7510
PAHANG
CFH4829
KEDAH
KGH6147
NEGERI SEMBILAN
NEL4834
KOTA KINABALU
SJT5920
KUCHING
QAB4199P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera
Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.
19-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit
Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.
18-08-2026
Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai
Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.
18-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat