MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?
-full_normal.jpg)
Percaya atau tidak, MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.
Apa tidaknya dengan gaya yang mengancam, MG Cyberster bukan sahaja menawan pelanggan tempatan tetapi di beberapa negara lain.
Dari sesi pandu uji awal hingga sambutan hangat di pameran awam, MG Cyberster membuktikan bahawa ia lebih daripada sekadar sebuah kereta.
Dalam tempoh beberapa bulan sahaja sejak diperkenalkan, MG Motor Malaysia telah mencatat lebih 90 tempahan, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pasaran paling berjaya untuk Cyberster di rantau ini.

MG Motor Malaysia berkata, kejayaan ini turut diperkukuh oleh pengiktirafan antarabangsa. MG Cyberster telah meraih anugerah reka bentuk paling berprestij di dunia, termasuk Good Design Award, Red Dot Design Award, dan iF Design Award mengukuhkan statusnya sebagai simbol gaya dan inovasi dalam era kenderaan elektrik.
"Pencapaian ini menjadi detik penting dalam perjalanan MG di Malaysia. Ia bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenama yang semakin kukuh dan pertumbuhan pangkalan pelanggan, malah hubungan emosi yang telah terjalin antara rakyat Malaysia dan Cyberster," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan pengecualian duti eksais dan import oleh kerajaan yang masih berkuat kuasa, kini merupakan masa terbaik untuk memiliki MG Cyberster.
Ditawarkan pada harga bermula RM299,900 untuk varian pacuan roda belakang dan RM319,900 untuk varian pacuan semua roda, roadster mencuri tumpuan ini membawakan prestasi elektrik bumbung terbuka yang mengasyikkan, lengkap dengan pintu gunting dramatik pada tahap kemampuan yang kini lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Bagi meraikan pencapaian ini, MG Motor Malaysia akan menganjurkan siri acara pandu uji eksklusif di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.
Berikut adalah perinciannya:

Pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini akan menerima pakej istimewa termasuk pengecasan tanpa had selama setahun secara percuma melalui JomCharge (termasuk fungsi AutoCharge), pengecas AC Wallbox 7kW 1 , model diecast edisi terhad MG Cyberster 2 , serta hadiah-hadiah eksklusif lain.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7957
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1959J
PULAU PINANG
PSH3146
PERAK
APM8048
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7545
NEGERI SEMBILAN
NEM5467
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan
MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.
26-08-2025
Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road
Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.
15-07-2025
Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900
Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
Ini Dia 5 Lokasi Baharu Rangkaian MG
SAIC Motor mengumumkan pihaknya kini sudah mula memperluaskan rangkaian pengedar MG di seluruh negara.
30-08-2024
Imej Rasmi Kabin Roadster Elektrik MG Cyberster 2024 Yang 'Stylo' Didedahkan
SAIC MG telah mendedahkan gambar kabin MG Cyberster. Ini perinciannya...
12-07-2023
MG Cyberster, Kereta Sports Elektrik, Padu Semacam
MG Cyberster dijangkan akan dijual di UK pada tahun hadapan.
26-04-2023
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge