- Berita
- Kereta Baru
- Omoda C9 PHEV Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM220K
Omoda C9 PHEV Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM220K

Bukan hanya Jaecoo J5, pengunjung Omoda | Jaecoo Carnival di Desa Park City turut dapat menyaksikan versi terbaru bagi Omoda C9. Selepas ketibaan versi petrolnya di pasaran negara pada hujung tahun lalu, SUV segmen D Omoda C9 bakal tiba dalam versi yang menjanjikan penggunaan bahan api lebih efisien, hibrid plug-in (PHEV). Pelancarannya? Dijangkakan tidak lama lagi iaitu pada penghujung tahun ini.
Sejauh Mana Perbezaannya Dengan Rekaan Versi Petrol?




Dari segi rekaan, C9 PHEV secara kasarnya kelihatan sama sahaja dengan versi petrol. Bentuk badannya kekal sporty dengan gaya SUV coupe. Tetapi bila diamati dengan terperinci, antara perbezaan yang dapat dilihat ialah kehadiran port pengecas pada panel belakang di sebelah kiri jentera serta logo PHEV pada pintu but.
Ruang Kabin Selesa & Sarat Teknologi Terkini




Bahagian dalamnya pula kekal dengan susun atur sama seperti versi enjin petrol. Antara ciri yang sama ialah dwi-skrin yang menempatkan kedua-dua sistem infotainmen dan digital Panel kawalan menggunakan skrin berkembar untuk sistem hiburan dan kluster meter digital. Sistem infotainmen disempurnakan oleh sistem audio Sony.

Untuk keselesaan, tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara automatik dan hadir dengan fungsi pengudaraan, pemanasan serta urutan. Turut disediakan, bumbung panorama besar, lampu ambien pelbagai warna dan pelbagai lagi kelengkapan premium lain.
Mod Pemanduan EV & HEV
Pada C9 PHEV, pemilihan mod pemanduan kini lebih fleksibel kerana pemandu boleh memilih sama ada ingin menggunakan mod Elektrik (EV) atau Hibrid (HEV).

Sebagai versi PHEV, model ini menggunakan Super Hybrid System yang dibangunkan sendiri oleh Omoda & Jaecoo. Walaupun masih menawarkan enjin 1.5 liter 4 silinder turbo kitaran Miller seperti J7 PHEV, C9 PHEV dilengkapkan dengan tiga motor elektrik yang menghasilkan 605 ps dan tork 915 Nm, kuasa tertinggi setakat ini dalam barisan jentera Omoda & Jaecoo.
Kuasa tinggi ini membolehkan C9 PHEV memecut 0-100 km/j hanya dalam masa 4.9 saat. Dalam masa yang sama, menurut Omoda & Jaecoo, kadar penggunaan bahan apinya juga rendah iaitu hanya sekitar 1.7 liter bagi setiap 100 km,
Bateri Lebih Besar, Jarak Pemanduan Elektrik Lebih Jauh

C9 PHEV dilengkapi bateri jenis LFP berkapasiti 34.46 kWj yang membenarkan pemanduan elektrik sejauh 150 km. Jarak keseluruhan mencapai lebih 1,100 km. Seperti PHEV lain moden, ia menyokong pengecasan DC pada kadar 70 kW dan pengecasan AC 6.6 kW.
Sistem Suspensi Aktif Canggih

Model ini juga dipasang dengan sistem suspensi aktif Continuous Damping Control (CDC) yang sama seperti versi petrol varian AWD. Menggunakan lima sensor, CDC mampu melaraskan tindak balas suspensi sebanyak 100 kali sesaat dengan tujuh mod pemanduan berbeza untuk jalan raya biasa dan laluan off-road.
Anggaran Harga & Pemasangan CKD
Omoda C9 PHEV dijangka memasuki pasaran Malaysia dengan harga yang dianggarkan sekitar RM220,000. Sepertimana model Omoda dan Jaecoo lain, model PHEV ini juga akan dipasang secara tempatan di kilang Chery Corporate Malaysia di Shah Alam.


Untuk mendekati kedua-dua model yang bakal tiba di Malaysia, iaitu Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV serta produk lain dari Omoda | Jaecoo Malaysia dan iCaur Malaysia, kunjungi Omoda | Jaecoo Carnival yang berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos di kawasan letak kereta 3, Desa Park City, bersebelahan Plaza Arkadia bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Baca: Jaecoo J5 Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM120K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge