Pelajar Tercampak Dari Jejambat DASH, Ini Kata Prolintas

Gara-gara kes pelajar kolej swasta tercampak dari jejambat Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengakui struktur di bahagian selekoh bertingkat dibina mengikut spesifikasi diluluskan pihak berkuasa dan disahkan oleh jurutera bertauliah.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) berkata, reka bentuk lebuh raya itu memenuhi semua keperluan keselamatan ditetapkan.
"Walaupun reka bentuk lebuh raya ini memenuhi semua keperluan keselamatan, kami mengambil langkah proaktif seperti pemasangan papan tanda amaran tambahan di lokasi strategik, mempertingkat hebahan kesedaran awam serta merancang pemasangan pagar tambahan bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan," katanya melalui kenyataan.
Kelmarin, seorang pelajar lelaki kolej swasta berusia 19 tahun dilapor maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum terjatuh dari struktur bertingkat DASH pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5.

Susulan itu, PROLINTAS berkata pihaknya mengambil maklum dua insiden kemalangan motosikal yang berlaku baru-baru ini.
Syarikat itu turut menasihati pengguna jalan raya sentiasa mematuhi had laju ditetapkan dan memandu dengan berhemah terutama di bahagian lebuh raya yang bertingkat serta berselekoh.
"PROLINTAS juga sudah menyerahkan semua bukti berkaitan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge