- Berita
- Berita Auto
- Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!
Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Nampaknya, Perodua secara senyap-senyap memperkenalkan warna baharu iaitu Vintage Brown untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi, Perodua Aruz, sekali gus menjadi pilihan warna keenam untuk model tersebut.
Sebelum ini, Perodua Aruz didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Elegant Black, Granite Grey, Garnet Red, Glittering Silver, Ivory White dan kini Vintage Brown.
Berdasarkan laman rasmi Facebook Perodua, beberapa gambar Aruz berwarna Vintage Brown dimuat naik dan tertera kapsyen:
"Ruang Kamu, Gaya Kamu!
"Aruz tampil eksklusif dalam Vintage Brown dengan trim Matte Hitam baharu—sporty dan penuh karakter. Layari laman web Perodua untuk maklumat lanjut atau kunjungi bilik pameran Perodua," tulisnya.
Bagaimanapun, Perodua tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung warna baharu Aruz.

Sementara itu, menjengah laman rasmi Facebook Perodua, walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.
Perodua Aruz masih kekal menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 102 PS pada 6,000 rpm dan 133 Nm tork pada 4,200 rpm dengan sistem Eco Idle.
Ia digandingkan dengan ransmisi automatik empat-kelajuan bagi memacu roda belakang. Selain itu, ia menawarkan penjimatan bahan apinya sekitar 15.6 km/l (6.4 liter bagi setiap 100 km).
Untuk kelengkapan lain, kedua-dua varian Aruz iaitu X (RM72,900) dan AV (RM7,7900) dipadankan dengan roda aloi 17-inci, lampu utama LED, lampu belakang LED, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengimbas tol binaan-dalam, pendingin hawa manual dengan kawalan digital dan corong belakang, ruang kargo seluas 514 liter,sistem infotainmen skrin sesentuh tujuh-inci, enam-pembesar suara, enam beg udara, ABS, EBD, bantuan brek, VSC, kawalan cengkaman dan banyak lagi
Sementara itu, Perodua juga sedang mengadakan rebat pembelian RM4,000 untuk model Aruz sepanjang bulan ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7965
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1971J
PULAU PINANG
PSH3149
PERAK
APM8064
PAHANG
CFJ3724
KEDAH
KGJ7546
NEGERI SEMBILAN
NEM5471
KOTA KINABALU
SJV1147
KUCHING
QAB9703P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge