Projek LRT3 Siap 99%, Bakal Beri Manfaat Kepada 2 Juta Penduduk

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia kini hampir siap dengan kemajuan 99.21 peratus setakat 10 Julai lalu.
Menteri pengangkutan berkata kerajaan tekad memastikan projek bernilai RM21.93 bilion itu disiapkan dengan selamat, efisien dan mengikut jadual demi manfaat pengguna.
Menurut Anthony Loke, antara punca kelewatan pembinaan ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang Mac 2020 hingga Oktober 2021 yang menjejaskan jadual serta rantaian bekalan.

“Keadaan diburukkan lagi oleh kekurangan tenaga kerja dan bahan binaan kritikal selepas pandemik,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.
Diluluskan pada 2015 dengan kos asal RM31.65 bilion, projek LRT3 distruktur semula pada 2018 kepada RM16.63 bilion sekali gus memberi penjimatan sebanyak RM15.02 bilion.
LRT3 dijangka memberi manfaat kepada hampir dua juta penduduk sepanjang laluan, khususnya di kawasan berpenduduk padat seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang, dengan kapasiti maksimum 18,630 penumpang sejam bagi setiap arah.
Laluan baharu ini juga mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar stesen.


Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3253
SELANGOR
BSR6274
JOHOR
JA3589J
PULAU PINANG
PSD8160
PERAK
APJ8664
PAHANG
CFH1740
KEDAH
KGH1243
NEGERI SEMBILAN
NEK9350
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Perkembangan LRT3 Akan Diumum Bulan Depan
Perkembangan terkini berhubung perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya akan diumumkan bulan depan.
03-03-2026
Operasi LRT3 Ditangguhkan Demi Keselamatan Penumpang
Prasarana Malaysia Bhd mengesahkan pihaknya menangguhkan operasi LRT Laluan Shah Alam yang asalnya dijadualkan beroperasi 31 Disember ini.
10-12-2025
Perhatian Orang KL! Jalan Paling MUSTAHAK ditutup
Lorong di Lebuhraya Persekutuan akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
03-07-2024
LRT3 Siap 86%, Dijangka Beroperasi 1 Mac 2025 - Kapasiti Harian 67,000
Projek Transit Ringan 3 (LRT3) telah kini sedang rancak dibangunkan dengan kemajuan 86%.
05-07-2023
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat