ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk rakyat Malaysia!

Ini kerana sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Untuk permulaan, ia membabitkan laluan Hutan Kampung ke Syngai Dua di Pulau Pinang.

Beliau berkata, sistem ANPR adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dalam tempoh dua tahun akan datang, bagi mengatasi masalah kesesakan di plaza tol di lebuh raya utama di negara ini.

"Sistem ini membolehkan pengguna melalui mana-mana lorong sedia ada tanpa perlu berhenti, sekali gus menjanjikan perjalanan lebih lancar dan fleksibel.

image.png

"Hari ini saya sendiri sudah mencuba sistem ini di plaza tol dan ia terbukti jauh lebih pantas. Tiada caj dikenakan untuk pendaftaran dan pengguna bebas memilih mana-mana lorong tol," katanya kepada media selepas demonstrasi pelaksanaan sistem ANPR tanpa palang di Persada PLUS, di sini hari ini.

Difahamkan, pembangunan sistem itu, hasil kerja pakar tempatan dalam industri lebuh raya dan dilaksanakan sepenuhnya oleh industri tanpa sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

Sistem itu akan diuji di 13 plaza tol membabitkan 35 lorong sebelum diperluas secara berperingkat ke keseluruhan jajaran PLUS.

Katanya, sistem ANPR mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan melalui kamera dan membolehkan bayaran tol dibuat secara digital tanpa tunai, selain menyediakan paparan e-invois, semakan transaksi dan pelbagai perkhidmatan mobiliti lain melalui satu platform digital bersepadu.

"Pengguna hanya perlu mendaftar secara dalam talian menggunakan maklumat pengenalan diri, kenderaan dan kaedah pembayaran.

image.png

"Selepas nombor pendaftaran dibaca, kadar tol akan ditolak secara automatik dalam akaun yang telah didaftarkan. Jika tiada baki, bayaran akan dituntut kemudian kepada pemilik," katanya.

Bayaran juga boleh dibuat menerusi aplikasi baharu JustGo, yang menyokong pelbagai kaedah seperti e-dompet, kad bank dan Touch 'n Go.

Nanta berkata, tiada kos atau caj dikenakan kepada rakyat untuk mendaftar dan menggunakan sistem tersebut.

Mengulas mengenai ketepatan sistem ANPR, katanya, sistem itu bukan sekadar mengimbas nombor pendaftaran malah ia memadankan nombor itu dengan teknologi pengecaman kenderaan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan ketepatan.

"Ia menggabungkan pengecaman nombor pendaftaran dengan pangkalan data pemadanan kenderaan untuk mengesahkan bahawa nombor plat itu milik model kenderaan yang sedang diimbas," katanya.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6614

SELANGOR

BST4184

JOHOR

JD5281J

PULAU PINANG

PSF2897

PERAK

APL2154

PAHANG

CFH6110

KEDAH

KGH8424

NEGERI SEMBILAN

NEL6731

KOTA KINABALU

SJT8709

KUCHING

QAB5064P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2026
Berita Auto
Berita Auto

25-11-2025
Berita Auto

06-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

09-09-2025
Berita Auto

28-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.