- Berita
- Berita Auto
- Skuter Elektrik, Yadea Velax Dilancar, Boleh Capai 105 KM, Harga Cuma RM4,699 Tetapi Selepas Rebat MariiCas
Skuter Elektrik, Yadea Velax Dilancar, Boleh Capai 105 KM, Harga Cuma RM4,699 Tetapi Selepas Rebat MariiCas

Yadea Malaysia memperkenalkan skuter elektrik terbaharunya, Yadea Velax yang dijual pada harga serendah RM4,699, untuk pasaran tempatan.
Harga asal skuter elektrik ini adalah RM7,099 namun para pembeli yang layak menerima rebat sebanyak RM2,400 daripada Skim Galakan Pengunaan Motosikal Motosikal Elektrik (MariiCas) berpeluang memiliki skuter ini pada harga cuma RM4,699.
Difahamkan, untuk mendapatkan rebat daripada MariiCas, anda perlu menyemak syarat kelayakan di insentif.marii.my.
Yadea Velax bukan sahaja sarat dengan pelbagai ciri canggih namun direka untuk keselesaan serta kecekapan penunggang urban pada masa kini.
Untuk makluman, Yadao Velax ini dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 2,000W dengan kuasa maksimum 3,200W dan tork sehingga 172Nm.
Sistem pemacu elektrik sepenuhnya menjanjikan tunggangan yang lancar dan bebas emisi, manakala bateri LFP 72V30Ah menyokong kelajuan maksimum sehingga 62km/jam dan jarak tunggangan anggaran sekitar 105km dengan sekali cas penuh.


Skuter elektrik ini hanya memerlukan enam jam untuk cas dari 0 hingga 80 peratus dan lapan jam untuk pengecasan penuh.
Dari segi dimensi, Yadea Velax ini berukuran 1,944mm panjang, 704mm lebar dan 1,097mm tinggi, dengan jarak roda 1,331mm dan kelegaan tanah 145mm.
Ketinggian tempat duduk ialah 760mm, seklai gus membuatkan ia sesuai untuk pelbagai jenis penunggang, manakala berat motosikal ini ialah 110kg (termasuk bateri) atau 92kg (tanpa bateri).

Selain itu, bahagian hadapan dan belakangnya dilengkapi tayar bersaiz 90/90-14 dan 100/90-14 serta rim sport, digandingkan dengan sistem brek cakera CBS di kedua-dua roda dimana ia mampu memberikan kawalan membrek yang lebih stabil. Sistem suspensinya pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Lebih menarik, Yadea Velax dilengkapi dengan penarafan kalis air IPX7 termasuk bahagian motor dan bateri yang membolehkannya beroperasi seperti biasa walaupun berada di dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit.
Dengan tayar bersaiz 14 inci di depan dan belakang, skuter elektrik ini juga mampu meredah air sehingga kedalaman 300mm.


Dari sudut teknologi dan fungsi praktikal, YADEA VELAX dilengkapi paparan meter digital, port pengecas USB Type-A, sistem pencahayaan penuh LED (lampu hadapan, belakang dan isyarat), ciri lampu hazard, suis keselamatan tongkat sisi, ruang penyimpanan hadapan serta ruang bawah tempat duduk. Model ini juga menyokong aplikasi YADEA untuk fungsi pemantauan pintar.
Dengan setiap pembelian YADEA VELAX, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Blue, Black dan Grey. Apapun, jangan lupa semak syarat kelayakan untuk mendapatkan rebat MariiCas!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG7493
SELANGOR
BSR7301
JOHOR
JA5411J
PULAU PINANG
PSD9558
PERAK
APJ9785
PAHANG
CFH2142
KEDAH
KGH1841
NEGERI SEMBILAN
NEK9745
KOTA KINABALU
SJT1690
KUCHING
QAB2297P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama
Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.
21-07-2026
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit
LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru
21-07-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat