Tempahan Lotus Eletre 2026 Kini Dibuka – Cecah 600 KM, Dari RM499K

Lotus Eletre 2026
Hanya seminggu selepas pembukaan tempahan untuk model sedan elektrik Lotus Emeya 2026MY, kini giliran Lotus Eletre pula membuka tempahan rasmi di Malaysia. Lotus Cars Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk Eletre 600 dan 900 bagi model tahun 2026 sudah mula diterima.
Eletre dan Emeya dibangunkan di atas platform sama dengan binaan elektrikal 800 volt serta sistem dwi-motor pacuan semua roda (AWD). Perbezaan utamanya ialah saiz bateri, di mana SUV Eletre menggunakan bateri lebih besar berkapasiti 112 kWj berbanding 102 kWj pada Emeya.

Semua varian Eletre menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW dan boleh menerima pengecasan DC sehingga 350 kW. Walaupun angka ini sedikit rendah berbanding Emeya yang menerima DC 420 kW, proses pengecasan masih cukup pantas untuk bateri Eletre yang berkapasiti tinggi.
Bagi model tahun 2026, lima varian Eletre ditawarkan yang dibahagikan kepada dua siri iaitu 600 dan 900. Siri 600 terdiri daripada varian Eletre 600 (asas), Eletre 600 GT SE dan Eletre GT 600 Sport SE, manakala siri 900 pula menampilkan Eletre 900 Sport dan Eletre 900 Sport Carbon.
Gerak Lebih Jauh Dengan Siri 600

Semua varian siri 600 memiliki kuasa 612 hp dan tork 710 Nm hasil gabungan kedua-dua motor elektrik, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 258 km/j. Jarak pemanduan pula sekitar 530 km untuk 600 Sport SE, 535 km bagi 600 GT SE dan mencecah 600 km bagi varian asas (berdasarkan piawaian WLTP).
Pecut Lebih Laju Dengan Siri 900
Varian siri 900 tampil dengan kuasa luar biasa 918 hp dan tork 985 Nm, dipadankan dengan transmisi dua kelajuan yang mempercepat pecutan 0-100 km/j dalam cuma 2.95 saat dan kelajuan maksimum 265 km/j. Namun, jarak pemanduan berkurangan kepada sekitar 500 km (WLTP).
Ciri Keselamatan & Keselesaan Canggih



Semua varian dilengkapi suspensi udara aktif dengan kawalan redaman berterusan (CDC) dan sistem torque vectoring brek. Lampu depan LED matriks, sistem audio premium KEF 15 speaker, papar pandu (HUD) 29 inci dan kawalan iklim empat zon juga didatangkan standard dalam kesemua varian.
Spesifikasi Eksklusif Setiap Varian
Varian asas, Eletre 600 tampil dengan rim 20 inci dan tema dalaman Jasper lengkap dengan fabrik LotusWear Performance. Varian GT SE pula ditambah dengan ciri seperti pakej parkir, rim 21 inci, brek enam piston, bumbung kaca pintar, pintu but bukaan automatik, lampu ambien boleh diubah mengikut keinginan serta panel sisi yang bercahaya.
Varian 600 Sport SE pula diberikan pakej pengendalian dinamik Lotus, spoiler belakang aktif, tempat duduk selesa dengan fungsi pengudaraan dan urutan serta pintu dengan fungsi tutup perlahan (soft-close).
Untuk siri 900, varian 900 Sport mendapat manfaat pakej pengendalian dinamik bersama spoiler belakang aktif dan tema dalaman Quartz sebagai tambahan kepada fabrik LotusWear.
Varian tertinggi 900 Sport Carbon pula diberikan pakej karbon di luar dan di dalam, serta bersama ciri premium seperti tempat duduk dengan fungsi pengudaraan dan urutan, serta ciri pintu tutup perlahan.
Dari RM499,000 Hingga RM839,000

Siri 600 dijual pada harga bermula daripada RM499,000 (Eletre 600), RM569,000 (600 GT SE) dan RM649,000 (600 Sport SE). Untuk siri 900, harga bermula daripada RM769,000 (900 Sport) dan RM839,000 (900 Sport Carbon).
Tempahan boleh dibuat sekarang di Lotus Glenmarie, Pavilion Damansara Heights dan Pulau Pinang. Penghantaran model 2026MY Lotus Eletre ‘hyper-SUV’ dijangka bermula pada September tahun ini.
Baca: Tempahan Lotus Emeya 2026 Kini Dibuka – Capai 610 KM, Dari RM459K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6956
SELANGOR
BSQ2742
JOHOR
JYX1342
PULAU PINANG
PSC4394
PERAK
APH5907
PAHANG
CFG5630
KEDAH
KGG1527
NEGERI SEMBILAN
NEK4601
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat