Tol Ditangguh, Hanya Tahun Ini Sahaja, - Menteri

Penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini hanyalah untuk tahun ini sahaja.
Memetik kenyataan akhbar Harian Metro, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tiada sebarang perancangan untuk merunding semula perjanjian konsesi tol secara menyeluruh buat masa ini.
Menurutnya, walaupun kerajaan boleh berunding dengan syarikat konsesi lebuh raya untuk menangguhkan kenaikan kadar tol, kerajaan perlu membayar pampasan sebagai gantinya.
"Itu saya dah beritahu, untuk yang diumumkan, penangguhan ini untuk tahun 2025 sahaja," katanya selepas program Podcast Borak Harini di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang untuk kembali ke meja rundingan bagi menyemak semula perjanjian konsesi sedia ada.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penangguhan kenaikan kadar tol yang dijadualkan tahun ini bagi 10 lebuh raya demi meringankan beban rakyat.
Beliau dipetik berkata, kerajaan menanggung implikasi kewangan melebihi RM500 juta bagi membolehkan pengguna terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan.

Mengulas lanjut, Nanta berkata, rundingan semula secara menyeluruh tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana setiap perjanjian konsesi masih berjalan dan mempunyai tempoh yang berbeza.
"Rundingan semula ini tak boleh kita buat begitu sebab tempoh dia masih berjalan. Lain lebuh raya, lain perjanjian, lain tempohnya. Tak serentak.
"Kalau nak rombak keseluruhan kontrak (total overhaul), tak bolehlah," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge