ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2 Pelancong China Dikenakan RM836 Dari KLIA 2 Ke KL, Akhirnya Sudah Dicekup JPJ

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tular dua warga pelancong dari China ditipu oleh ulat KLIA apabila mereka pada mulanya dikenakan RM60 namun kadar bayaran itu melonjak lebih 14 kali ganda apabila mereka diarahkan membayar RM836 sebaik mahu turun dari kereta.

image.png

Bayaran tidak masuk akal itu dikenakan untuk perjalanan dari  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)  ke pusat bandar Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelancong berkenaan mendakwa mereka didekati seorang lelaki yang hanya menawarkan tambang sebanyak RM60 untuk hotel yang mahu ditujunya. Tawaran itu kelihatan menguntungkan, membuatkan mereka tanpa curiga menerima pelawaan dan menaiki kereta tersebut. Isteri pemandu turut berada di dalam kenderaan.

Namun, setibanya di hadapan hotel, pemandu itu langsung tidak berhenti. Sebaliknya, dia terus memandu ke kawasan gelap yang sunyi sebelum mengeluarkan ‘syarat’ mengejutkan iaitu  tambang yang asalnya RM60 berubah kepada  RM836!

Mangsa yang enggan membayar kerana caj yang keterlaluan itu terkejut apabila isteri pemandu menengking dengan nada keras:

Pintu kereta dikunci manakala pemandu terus membawa mereka berpusing-pusing di jalanan, sementara panggilan telefon ke talian polis tidak berjaya.

image.png

“Kami benar-benar ketakutan, di bandar asing, tiada sesiapa boleh membantu. Kami menjerit, tetapi suara kami tidak kedengaran,” luah mangsa.

Selepas berjam-jam detik mencemaskan, isteri pemandu pura-pura ingin berbincang dengan pihak hotel. Tetapi setibanya di hotel, pasangan itu masih berkeras mahu mengurung mereka di dalam kereta. Dalam keadaan panik, mangsa berdua menjerit sambil mengetuk tingkap dengan sekuat hati.

Jeritan itu khirnya didengari kakitangan hotel, yang segera membuka pintu kereta dan menyelamatkan mereka. Tetapi drama tidak berakhir di situ apabila isteri pemandu tiba-tiba menuduh mereka menipu dan mencuri telefon bimbit sebelum menuntut pampasan.

Lebih mengejutkan, ketika mangsa mahu membuat laporan polis, kakitangan hotel pula didakwa menasihati mereka agar “selesaikan dengan wang sahaja”. Dalam kekecohan itu, isteri pemandu sempat menampar muka salah seorang mangsa sebanyak tiga kali berturut-turut.

Seorang lelaki yang cuba membantu turut menjadi mangsa apabila dicekik oleh pemandu tersebut dengan lagak samseng. Pasangan pemandu dan isterinya kemudian melarikan diri selepas mangsa nekad membuat laporan polis.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke  berkata, selepas operasi samaran di KLIA, pihak JPJ telah berjaya menahan kenderaan tersebut bersama pemandunya 

"Kereta tersebut telah disita serta merta dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya. Syabas dan terima kasih atas tindakan pantas JPJ! 

MOT tidak akan berkompromi dengan "ulat-ulat" yang merosakkan imej negara," katanya di halaman rasmi Facebooknya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2463

SELANGOR

BSU8148

JOHOR

JG8742J

PULAU PINANG

PSH2060

PERAK

APM7084

PAHANG

CFJ3324

KEDAH

KGJ7027

NEGERI SEMBILAN

NEM4987

KOTA KINABALU

SJU9763

KUCHING

QAB9435P

Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-10-2026
Berita Auto

28-10-2026
Berita Auto

23-10-2026
Berita Auto

22-10-2026
Berita Auto

07-10-2026
Berita Auto

06-10-2026
Berita Auto

06-10-2026
Berita Auto

02-10-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.